KUNCI KERAJAAN

Wednesday, November 28, 2012

SAMBAL GESEK

ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT PAGI KALIAN SEMUA..


nyamannya pagi ni.. 
"BILAKU BUKA JENDELA"
kabus tebal, hihi 

eh, pagi ni ada kelas amali masakan la. tapi tak pe, kejap lagi miss abby besiap. esok miss abby nak balik kampung halaman sebab sabtu ni kakak miss abby nak bertunang. dalam kepala ni, tebayang makanan pula, hihi.. kalau buat majlis, mestilah saudara mara akan datang. teringat pula pada seseorang yang miss abby sayang. siapa dia?? hmm cuba teka... hihi.. insan tu tak lain tak bukan ialah NENEK miss abby sendiri. nenek duduk di seremban. kalau die sebut, "SOROMBAN"... hihi... miss abby rindu pula nak makan "SAMBAL GESEK" hasil air tangan nenek. Pernah makan sambal gesek?? 

kalau sesiapa asal dari Negeri Sembilan mesti 

tau sambal ni kan . Sambal gesek ni ada dua 

jenis iaitu

sambal gesek cili api ikan bilis 

dan 

sambal gesek lada hitam ikan bilis . 

Sambal gesek lada hitam dengan 

ikan bilis ni selalunya dibuat untuk ibu-ibu 

yang dalam pantang. 



Sambal ni memang sedap di makan dengan nasi panas. 

Tapi kenalah betul 'combination' lauknya. Kalau buat sambal 

gesek, kenalah ade lauk labu masak lemak/ kobis masak 

lemak dengan ikan goreng. 

Peeeeh!!!! bila makan mak mertua 

lalu pun tak perasan!!!


inilah resipi yang miss abby boleh kongsi






 SAMBAL GESEK CILI API 

BAHAN-BAHAN :


Segenggam ikan bilis
Cili api secukupnya
Sebiji limau kasturi/limau nipis
Garam secukup rasa

-Semua ikan bilis dan cili api ditumbuk lumat dan dicampur dengan air limau kasturi ( jangan ambil biji limau nanti pahit sambal).
Tu je mudahkan selamat mencuba sambal gesek ni...

* Kalau ada buah belimbing besi boleh diguna untuk ganti air limau nipis.


SAMBAL GESEK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar lada hitam
1 genggam ikan bilis
Cuka secukup rasa
1 sudu kecil air panas

-Tumbuk lada hitam sampai lumat kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sampai hancur. Masukkan cuka secukup rasa saja dan air masa . Kacau semua bahan sampai sebati.

*Rendam ikan bilis dalam air panas supaya ikan bilis cepat lembut dan mudah ditumbuk hancur.


kalau ada yang nak bersuamikan lelaki negeri sembilan, pastikan tahu buat sambal gesek ye. hihi.. 

SELAMAT MENEROKA ILMU MASAKAN


Nukilan Rasa,

SITI ARBAKYAH ABU BAKAR ak.a. miss abby





No comments:

Post a Comment