KUNCI KERAJAAN

Friday, November 16, 2012

PETUA MENAJAMKAN GUNTING


~~~~~ASSALAMUALIKUM ~~~

Hai kawan - kawan, dah tidur ker......jangan tidur dulu meh baca entry cik nieza nie dulu...tahan mata tu tahan

Pagi-pagi limun nie cik nieza nak berkongsi satu petua yang cik nieza dapat masa kecik-kecik dulu.

Pada suatu masa dahulu, chewaHHH Time, zaman kanak-kanak,  tangan ni gatal nak menolong arwah fuang  menjahit.  Fuang cik nieza ni pulak kalau menjahit suka sangat buat kotak pensil kain  sapa penah ada sila angkat tangan.  jadi kalau musim cuti-cuti sekolah macam waktu sekarang nie, aktiviti cucu-cucu nie menolong fuang potong kain dan span. Masa tu juga sibuk lah kami mencari kain-kain perca @ kain lebihan pakaian yang Indok ( emak ) cik nieza dapatkan dari makcik. Apabila buat kotak pensil kain nie, tak payah lah Ambok (abah ) keluarkan duit untuk beli kotak pensil baru untuk cik nieza, jadi sangat MENJIMATKAN lagipun comform kotak pensil cik nieza tak kan sama dengan orang lain...tapi sekarang dah tak ada dah...sedihnya cik nieza nangisss~~.warghhHHH~~~~~~~~~~

 Tengah sibuk-sibuk pilih-pilih kain perca, masa tu fuang suruh ambik gunting untuk potong kain yang fuang dah ukur, apa lagi dengan semangat yang berkobar-kobar nak dapat kotak pensil baru cik nieza terus berlari ke dapur dan ambik gunting dapur untuk potong kain tu.

Langkah pertama mengunting dimulakan dengan lafaz bismilahirahmanirahim~~~ zuPPPPP~~~

"FUANGGGG TAK BOLEH PUNNN!!!!"

fuang yang tengah kusyuk mengunting span terkejut dengar cik nieza menjerit, pastu dia tengok cik nieza yang tengah muncung, sebab gunting tak lod ( berfungsi ). Semangat cik nieza yang nak siapkan kotak pensil baru terus down~~ sedihh taw nangis dibuatnya, mana taknya gunting cik nieza guna langsung tak boleh guna untuk potong kain, sangat tumpul  apa lagi masa tu keluarlah lagu RINTIHAN JIWA nie bukan apa sedih sangat

punya sedih nan cakap tu~~ klik klik~~ kalau nak tahu sedihnyer cmner hehehhe


 Fuang cik nieza ni pulak tak boleh tengok cik nieza sedih-sedih, dengan pantasnya dia ambik botol cuka dan dia asah gunting tu dengan cara seolah-olah mengunting botol tersebut. Dengan kebijaksanaan fuang cik nieza, gunting cik nieza yang pada mulanya  tumpul macam tauhu terus tajam macam gigi ikan yu~~
dan malam tu juga, cik nieza berjaya menghasilkan kotak pensil kain cik nieza.
 SERONOKNYERRR~~ jangan cakap, senyum... sampai tidur bertemankan kotak pensil baru

MACAM GINI LAH CARANYA FUANG BUAT

kalau kawan-kawan ada masalah gunting tumpul bolehlah buat macam fuang ajar cik nieza nie.

~~SELAMAT MENCUBA~~

kenangan dengan fuang sangat indah, 
tak kan cik nieza lupa selagi hayat dikandung tanah
pada ilahi aku berserah
hanya mampu sedekahkan AL-FATIHAH

~~~Fuang~~



hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR


No comments:

Post a Comment