KUNCI KERAJAAN

Monday, November 19, 2012

PERUT KEMBUNG


 ~~~SELAMAT MALAM KAWAN-KAWAN~~~

arKKK~~~~ malam nie perut cik nieza tak selesa terasa kembung jew (boncet) shhhhh diam-diam.  di sebabkan masalah nie cik nieza tak dapat menumpukan tumpuan sepenuhnya pada assigment yee cik nieza memang rajin tangan atas bahu mata pandang atas hihihi  


jangan tiru gaya ini

Kawan-kawan tahu tak, bila perut kita mengalami kekembungan hal ini bermakna menandakan ketidaksempurnaan penghadaman dalam sistem pencernaan makanan kita dan sudah semestinya gas yang berlebihan di dalam usus yang menyebabkan kepada permasalahan ini. 

dan sudah semestinya ini paling terbaik

Di sebabkan pemikiran dan sistem kecerdikan cik nieza tak dapat berfungsi dengan sempurna maka cik nieza pun carilah penyebab mengapakah masalah ini terjadi.    Antaranya disebabkan pemakanan, kehidupan yang stress dan gaya hidup.  www.­sihatselalu.­com.­my/­2010/­02/­masalah-­perut-­kembungberangin.­html

Cara mengatasinya pula seperti 

* kenal pasti  makanan-makanan yang mungkin menyebabkan

   kembung perut seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kubis,

   asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula-gula tanpa gula, 

   dan gula-gula getah, roti gandum, bijirin bran, bir, soda dan 

   minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais.

* Kurangkan makanan goreng dan berlemak.

*  Kurangkan  pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran 

    dan buah buat sementara waktu .

*  Kurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Gunakan 

    produk tenusu laktosa rendah seperti yogurt.

*   Teh pudina  mengandungi menthol. Menthol di minyak pudina 

     mempunyai sifat-sifat antispasmodic. Secawan teh pudina panas 

     mengatasi perut kembung dan kesakitan berpunca dari angin 

     perut. 

*   Elakkan teh pudina jika anda mengalami pedih Ulu hati.





Tapi cik nieza nie macam biasalah bagi lah cara macam mana pun cara lama juga yang cik nieza guna. Maklumlah cik nieza ni sangat suka guna kaedah klasik nie kerana kaedah yang klasik lebih menambat hati hehhehe

Selalunya bila datang musim perut kembung nie, apa yang cik nieza suka buat untuk membuang angin ialah dengan menghasilkan teh o halia tanpa gula dan menyapu minyak yuyie cap limau~~ heheh terasa macam baby pulak...

inilah halia dan variasi potongan nya

Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan 

sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah 

perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari 

China dan kemudian merebak penggunaannya ke IndiaAsia 


kalau kawan-kawan nak tahu halia nie mampu membantu mengeluarkan angin dalam badan. disebabkan masalah angin yang banyak lah yang membuatkan perut merasa kembung atau boncit. 

Dan dipasaran sekarang pun banyak produk-produk yang menggunakan halia sebagai bahan utama dalam penghasilan ubatan moden. hal ini semua disebabkan keunikan dan keistimewaan yang terdapat pada halia tersebut.  




tapi cik nieza tak penah lah pulak cuba produk macam kat atas nie, cuma buat kaedah yang indok ajar iaitu teh o halia panas. kawan- kawan nak tahu tak cara buat dia? meh cik nieza ajar


BAHAN

1 uncang teh
1/2 inci halia muda
Air panas

CARA PENYEDIAAN
1. Rendam teh dengan air panas tunggu sehingga teh menjadi kembang dan air bertukar menjadi kemerah-merahan
2. ketuk halia tadi dan dimasukkan ke dalam teh tadi
3. biarkan seketika dan bolehlah diminum


cik nieza gerenti jamin keasyikannya pasti terserlah.hehhe


~~~SELAMAT MENCUBA ~~~



hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR

No comments:

Post a Comment