KUNCI KERAJAAN

Tuesday, November 13, 2012

DURIAN..OHHH....DURIAN.....


Assalamualikum semua.........

     Apa khabar kawan-kawan......dekat kampung cik nieza sekarang nie tengah musim DURIAN...DURIAN DURIAN~~~ wahhHHH!!! sapa yang tak tahu apakah durian agak sadis...


SAPA YANG TAK KENAL INI LAH DURIAN 

"Durian ialah spesies beberapa jenis tumbuhan  
dalam genus Durio yang menghasilkan  
buahberaroma kuat yang boleh 
dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara di mana  
ia  digelar "raja buah" " maklumat lanjut
      ------->http://ms.wikipedia.org/wiki/Durian


Selain itu juga, durian juga tergolong antara makanan 

paling berbahaya di ASIA.  Sebab itulah orang Malaysia 

kuat- kuat..hehhehe..kalau kawan-kawan nak tahu dengan 

lebih lanjut bolehlah buka laman sesawang yang saya rujuk ini. -------->http://alkurawi.blogspot.com/2011/06/4-makanan-paling-bahaya-di-asia.html 


Baiklah hari nie bukanlah nk bercerita pasal durian jew, tetapi juadah yang boleh kita buat daripada buah durian. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis kuih muih mahupun manisan yang boleh kita buat daripada buah durian ini. Antaranya seperti serawa durian tapi kalau orang bugis macam cik nieza nie, kitaorang panggil dengan nama felofok durian unik kan. Selalunya serawa durian akan dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi dan juga boleh dimakan pada waktu petang sebagai hidangan minum petang. serawa durian biasanya dimakan bersama pulut atau pun roti kosong.

Yang paling bestnya, hari ini cik nieza nak kongsi resepi untuk menghasilkan serawa durian. 
SERAWA DURIAN / FELOFOK DURIAN

Bahan-bahan
1biji kelapa (di ambil santanya)
50g isi durian
2 biji telur
200ml air
2 helai daun pandan
10tbs garam

Cara penyediaan

1. pastikan durian bersih daripada bijinya
2. masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan
3. adunan dimasak di dalam periuk dengan menggunakan api yang kecil
4. kacau dalam 15minit dan pastikan semua adunan sebati dan pastikan masakan tidak pecah minyak.
5. sedia dihidang bersama pulut atau roti

begini ye masaknyer~~


Apalagi kawan - kawan sesiapa yang ada durian kat rumah tu agak-agak tak tahu nak buat apa boleh lah cuba resepi cik nieza nie....
~~~~ SELAMAT MENCUBA~~~

Hasil  idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR aka CIK NIEZA







No comments:

Post a Comment