Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat petang.
Dah makan tengahari? arghh.. alhamdulillah, miss abby dah kenyang.. :-) makan tengahari tu wajib. hihi..
Hmm baru-baru ni tengok gambar rakan mendaki
gunung Brinchang, Cameron Highlands. Teringat pula kenangan semasa latihan mengajar dulu. Saya
diminta untuk membawa peserta seramai 36 orang berkhemah di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.
Kami
bergerak ke Negeri Sembilan pada pagi Jumaat. Perjalanan dari Teluk Intan ke
Negeri Sembilan mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan menaiki bas. Bila
sampai di tapak perkhemahan, khemah didirikan.
Pagi Sabtu tu, seawal jam 4.00 pagi, saya dah
kena bangun untuk menyediakan sarapan pagi untuk semua peserta. Nama pun cikgu pengiringkan? hihi.. Nasi goreng dimasak dalam kuantiti
yang banyak kerana ia akan menjadi makanan bekal juga.
Makanan bekal ialah
Makanan bekal ialah makanan yang dimasak dan kemudian dibungkus (dipek) dengan bekas yang sesuai, dimakan di tempat lain.
Sebelum memulakan
pendakian, aktiviti memanaskan badan dilakukan. Pendakian ke
GUNUNG ANGSI
bermula lebih kurang
jam 7pagi. Dengan ketinggian 825m, treknya amatlah mencabar buat saya. Dengan
cuaca yang hujan pada sebelah malamnya, jalan menjadi licin.
Bergambar kenangan bersama peserta...
(alamak, di mana miss abby, hihi)
Sebagai guru
pengiring, saya diminta untuk mengawasi pergerakan peserta perkhemahan.
Masa
yang diambil untuk tiba di puncak lebih kurang 4 jam.
Setibanya di puncak, kami melepaskan lelah
dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Bekalan nasi goreng yang dibawa
dimakan sebelum turun ke bawah
untuk mendapatkan stamina kembali.
Alhamdulillah, kami
semua selamat mendaki dan turun dengan selamat walaupun terdapat peserta yang
tergelincir kerana licin.
Wajah-wajah keriangan apabila berjaya menawan puncak GUNUNG ANGSI.
(SMK SERI SETIA BOLEH!!!)
Tips pendakian yang boleh saya kongsi:
- Pilihkan kasut yang bersesuaian untuk aktiviti mendaki.
- Pakailah stokin yang panjang bagi mengelakkan gigitan pacat.
- Pastikan perut anda tidak kosong dan membawa bekalan makanan serta minuman semasa mendaki.
- Bawalah sarung tangan sebagai langkah melindungi tangan daripada duri dan benda tajam.
Pemakanan yang seimbang dan aktiviti
senaman dapat menjamin
kehidupan yang baik. Ingat tu. Kena makan tau!!
Jumpa lagi di entry akan datang.
Jaga diri, jaga kesihatan dan sama-sama
kita perbaiki diri. Amalkan
gaya hidup yang sihat. Ketawa dan senyum selalu..
(petua awet
muda)
Dadidu…..
Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby
No comments:
Post a Comment