KUNCI KERAJAAN

Thursday, November 22, 2012

PAIS IKAN




~~~~ ASSALAMUALIKUM SEMUA~~~

Selamat tengahari kawan-kawan, dah makan ke belum? @ masih tidur lagi~~ hehehe 
Yelah bila dah masuk waktu tengahari nie, mula lah perut  keluarkan bunyi kur krak kur krak.... kalau tidak diisi makin kuat dia bergendang. hehehhe



lebih kurang macam gini lah bunyi perut cik nieza kalau lapar....dasyatt kan~~~ hehehhe



bagi mengelakkan perut kesayangan cik nieza nie bergendang dengan lebih kuat sehingga jiran sebelah boleh dengar, jadi dengan penuh kasih sayang cik nieza bagi lah dia makan (parabola sangat ayat cik nieza hehhee)

bila bercerita bab makan, lauk pauk makan tengahari mula lah ingatan cik nieza teringat akan salah satu juadah yang sangat popular di bahagian selatan malaysia iaitu PAIS IKAN yang sangat popular di negeri JOHOR

~~johor tanah airku tanah tumpahnya darahku~~~
selalunya pais ikan akan dijual di pasar malam dan gerai-gerai ikan bakar dan paling mudah untuk mendapatnya sudah tentu ketika bulan ramadan. masa tu pergilah bazar ramadan mana-mana pun pasti ada peniaga yang menjual pais ikan. 
  


oh ye, inilah rupa pais ikan yang cik nieza sibuk bercerita, ni


sangat sedap ye kawan-kawan, lagi enak dimakan bersama nasi panas



untuk pengetahuan kawan-kawan, pais ikan ini pada kebiasaannya akan mengunakan ikan jaket/ ikan caru hal ini kerana kulit ikan yang lebih tebal dan dapat mengelakkan ikan hancur semasa membakarnya. tetapi ada juga yang menggunakan ikan pari dan ikan yang berkulit lembut cuma kaedah memasak yang digunakan adalah berbeza iaitu dengan cara mengukus 

dengan gembiranya, cik nieza nak berkongsi resepi pais ikan lepas nie boleh lah kawan-kawan buat sendiri mudah sangat, kalau beli mahal taw 1 ekor jew dah mencecah rm6 kalau beli 5 ekor dah berapa lebih baik kawan-kawan masak sendiri, jimattT~~~ hehehe.


BAHAN-BAHAN

Bahan A
1 ekor ikan 
5 tangkai cili kering
3 biji cili merah
1 batang serai
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih 
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit

Bahan B
1 helai daun kunyit ( dimayang)
1 cawan kelapa parut ( ditumbuk halus)
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Bersihkan ikan dan ketepikan 
2. Bahan A dikisar dengan halus
3. Gaul semua bahan A dan bahan B selepas itu ketepikan
4. tutupkan ikan dengan bahan-bahan yang sudah digaul tadi
5. bungkus ikan dengan kemas menggunakan daun pisang
6. Bakar di atas api yang sederhana atau melalui kaedah memasak yang lain dengan cara mengukus selama setengah jam @ sehingga ikan masak
7. sedia dihidang, dan untuk lebih lazat boleh diperah bersama limau kasturi



petua nenek : bagi menghilangkan hanyir ikan

1. Sebiji limau nipis dipotong dua dan diramaskan dekat ikan yang hendak dibersihkan
2. lepas itu, cuci ikan dengan sebiji limau nipis lagi dan perap dalam dua hingga tiga minit.
3. basuh ikan tadi dengan air bersih dan sedia untuk dimasak.

maklumat lanjut kawan-kawan bolehlah bukak laman sesawang nie ------>http://petuasejagat.blogspot.com/2009/04/petua-menghilangkan-bau-hanyir-ikan.html#ixzz2D145AUT3


apa lagi kawan-kawan jangan lupa mencuba resepi cik nieza nie, 


~~~~SELAMAT MENCUBA~~~



hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
aka   CIK NIEZA







No comments:

Post a Comment