Assalamualaikum
Salam kasih dari miss abby.. hihi..
Harap semuanya dalam keadaan sihat dan dirahmati ALLAH..
Warghhhh.. bestnya bercuti seminggu di kampung halaman.
CUTI?? siapa tak sukakan, kuikui..
Miss abby kembali semula ke Tanjung Malim untuk meneruskan pengajian dengan semangat yang membara-bara. Bila dah sem
akhir ni, terasa sedih pula nak tinggalkan bumi TANJUNG MALIM ni. Apapun, masa sentiasa
berputar dan tidak menunggu kita..
hmm miss abby nak kongsi sedikit tentang amali memasak sebelum cuti hari tu. kami
menyediakan kuih-muih savouri iaitu cucur badak dan kuih ketayap pedas.
Bila menyediakan kuih ketayap pedas ni, teringat la pula semasa latihan mengajar dulu. eh, terasa RINDU pula pada pelajar-pelajar miss abby yang comel-comel tu. hihi..
Bila menyediakan kuih ketayap pedas ni, teringat la pula semasa latihan mengajar dulu. eh, terasa RINDU pula pada pelajar-pelajar miss abby yang comel-comel tu. hihi..
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bater cair ialah mempunyai sifat berkrim dan
cair. Bater ini mudah merebak
dengan cepat sebagai lapisan nipis jika dituang.
Pelajar mengambil bahan-bahan berpandukan resipi yang diberikan
Kulit ketayap dimasak dengan cara menggoreng tohor
Kulit ketayap dimasak pada sebelah bahagian sahaja
JENG... JENG... JENG... INILAH HASILNYA....
jom cuci mata
Kenangan bersama pelajar
Terdapat 5 unit kecil... Pelbagai bentuk sajian..
Sesi penilaian oleh guru asal mata pelajaran
Ha… jadi tau pelajar miss abby buat kuih ketayap walaupun
mereka ni baru berusia 13 tahun! Kreatif lagi hasil tangan mereka. Kekreatifan
mereka menjadi penentu untuk mendapatkan band yang baik.
Nak tahu resipi yang digunakan?
mudah sahaja...
tunggu entry akan datang. nanti saya kongsi yer... hihi...
Inilah pelajar kelas 1 Usaha... :-p
P/s: Cikgu abby rindu kalian semua. belajar rajin-rajin yer...
Jaga diri, jaga kesihatan dan sama-sama
kita perbaiki diri. Senyum selalu..
Dadidu…..
Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby
No comments:
Post a Comment