~~~~ ASSALAMUALAIKUM~~~~~
Hai kawan-kawan, dah makan? atau puasa almaklumlah hari nie 10 muharam jadi ramai lah yang ambik kesempatan untuk berpuasa sunat. kerana banyak fadilatnya. Antara yang telah termaktub ialah
"Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun.
Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada
manusia yang memang lumrah terdedah kepada
kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan
hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan
dosa dan taubat."
http://inijalanku.wordpress.com/2011/12/01/kelebi
han-puasa-hari-asyura-10-muharram/
bagi yang tidak berkesempatan berpuasa pada 10 muharam pada
tahun ini insyaAllah tahun depan kawan-kawan boleh lah
berpuasa. bila sebut hari asyura, selalunya dikampung cik nieza
pagi-pagi mula lah jiran-jiran dah ketuk ketuk pintu semua sibuk
bertukar-tukar juadah iaitu
BUBUR ASYURA
Selalunya, pada sebelah tengahhari tugas cik nieza pula ketuk pintu jiran. tujuannya tetap sama berkongsi rezeki dan juga dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga cik nieza dan jiran-jiran. yelah jiran kan pihak yang penting dalam hidup kita chewahhH~~~.
Kebiasaanya memang banyak juga lah bubur asyura yang keluarga cik nieza dapat dalam sehari tu, dari pagi sampai ke malam makan bubur jew kerjanya. Tetapi kenangan itulah yang menyeronokan lagipun di bandar sekarang ini sudah dah kita nak jumpa sesi bertukar juadah dan lauk ni. hidup di kampung itu indah
oh ye, inilah rupa bubur asyura
~~gambar ehsan pak cik goggle~~ |
Untuk pengetahuan kawan-kawan semua
Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan
pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram
iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali
sebagai sugha.[1]
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan,
jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut
bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama
negeri-negeri di semenanjung Malaysia,
mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan
ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara
untuk membuat Bubur Asyura.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bubur_asyura
Macam biasalah bila cik nieza dah bercok cek cok cek, cik nieza
tak lupa untuk berkongsi resepi dengan kawan-kawan semua,
dengan penuh gembiranya cik nieza berkongsi resepi bubur asyura
nie.
BAHAN-BAHAN
1 kg beras
200gm kacang hijau
1 kg santan
50 gm kerisik
satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
10 keping gula melaka
10 ulas bawang merah-dimayang
5 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang
500 gm jagung
200gm kurma
100gm buah gajus
200gm kurma
100gm buah gajus
100 gm gula pasir
sedikit rempah kurma,kari
2 liter air
CARA PENYEDIAAN
1.masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa.
2.masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang
3.masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi
4.masukkan gula melaka dan gula
5.akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat
6.sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.
5.akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat
6.sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.
apa lagi kawan-kawan resepi dah ada
~~SELAMAT BERASYURA~~
hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
aka Cik Nieza
No comments:
Post a Comment