Selamat Petang kawan-kawan~~~
Hari nie, cik nieza nak bercerita sedikit mengenai makanan yang cik nieza makan dari cik nieza start tumbuh gigi sampai lah sekarang. heheheh
Cik Nieza nie berlatar belakangkan keturunan bugis. ye BUGIS ye.....mesti ada dalam kalangan kawan - kawan yang tidak tahu apa itu bangsa BUGIS
BUGIS ialah satu bangsa yang wujud sebelum abad ke 14
lagi dan asal keturunan bugis nie dari SULAWESi dan
disebabkan penaklukan Belanda pada kurun ke-17
menyebabkan sebahagian
daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur
dengan suku
lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak http://ms.wikipedia.org/wiki/Bugis
Untuk pengetahuan semua orang bugis nie sangat suka membuat juadah sendiri daripada membeli di kedai. Alasannya mudah lebih enak dan lebih menjimatkan, yang istimewanya orang bugis nie mereka sangat gemar melayani tetamu dan sangat menghormati tetamu yang hadir ke rumah mereka. Dan apabila kawa-kawan pergi ke majlis perkahwinan bangsa Bugis nie, tentulah juadahnya sangat banyak dan pelbagai variasi kuih muih yang kawan-kawan dapat nikmati. Bestnyer~~~~~
Kalau kawan-kawan nak tahu dengan lebih banyak mengenai bangsa keturunan saya nie boleh lah kawan-kawan lawati laman web ni --------> http://ila-galigo.blogspot.com/search/label/Menjejak%20Asal%20Usul%20Keturunan%20Bugis
Bercerita pasal bugis nie, tadi pagi sempatlah cik nieza dgn bonda tercinta menghasilkan satu jenis kuih bugis sebagai sarapan pagi iaitu
BEPPA LAMEY
apa itu BEPPA LAMEY?
beppa lamey nie diperbuat daripada bahan tempatan yang mudah di peroleh iaitu UBI KAYU.
ini ye, agak-agak sapa yang tak kenal tu~~~ |
dekat sini cik nieza sertakan resepi membuat BEPPA LAMEY nie
BAHAN-BAHAN
2 biji ubi kayu yang besaiz sederhana
1 ketul Gula melaka
50g gula putih
Daun pisang
CARA MEMBUATNYA
1. ubi kayu diparut dan ditapis dengan membuang airnya
2. gula melaka yang telah dihiris halus di campur dengan gula putih dan digaulkan bersama parutan ubi kayu tadi
3. Bahan tadi boleh lah dibalut dengan menggunakan daun pisang
4. kukus selama 25minit
5. sedia dihidang
Apa lagi kawan-kawan
~~~ SELAMAT MENCUBA~~~
hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
Macam sedap aje..nak cuba boleh???
ReplyDelete