KUNCI KERAJAAN

Sunday, November 18, 2012

~KEK BATIK~


Assalamualaikum...

Ehemmm.. ehemmm...
Monday blues? Hihi... bila tiba je hari Isnin, ramai yang terkena wabak tu. Tapi jangan diikut sangat yer. Rajin-rajinkan diri anda. Sebab orang yang malas, sentiasa rugi.


SUCCESS DEPENDS ON WHAT YOU DO WITH 

YOU.
                                                                -Rom Jenson-


Cuti baru-baru ni, miss abby dan adik meluangkan masa untuk buat kek. Buat kek yang senang je, hihi.. 

KEK BATIK..

disebabkan kami suka sangat makan kek batik tu, jadi bila cuti kami pun luangkan masa untuk membuatnya. 

Mudah je nak buat. Mesti pembaca kat luar sana pun dah ramai yang tahu. Tapi miss abby saje nak share resipi yang selalu miss abby gunakan.

Bahan-bahan
1 bungkus biskut marie (dipatahkan sederhana kecil)
1 peket kecil milo
1 buku bater
½ cawan serbuk koko
1 cawan air

Cara penyediaan
1. Butter dicairkan. Dan ketepikan.
2. Masukkan air dan milo ke dalam periuk. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan butter yang telah cair dan serbuk koko  sehingga sebati. Tutup api.
4. Biskut marie dimasukkan. Kacau rata.
5. Sapukan loyang dengan sedikit marjerin.
6. Adunan tadi dimampatkan ke dalam loyang. Simpan di dalam peti ais.

jeng.. jeng... inilah hasilnya...




Selamat mencuba.

Kalau menjadi, bagitahu miss abby ye. Hihi...


Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH BINTI ABU BAKAR a.k.a miss abby

No comments:

Post a Comment