~~~ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN~~~
Apa khabar semua, sekarang cik nieza berada di kampung cik nieza, dekat mana? tentulah di selatan tanah air malaysia iaitu negeri biru merah Johor Darul Ta'azim..
apa yang menariknya negeri JOHOR nie sudah tentulah dari segi budaya, kesenian dan makanannya. Bila bercerita mengenai makanan hari nie cik nieza nak berkongsi satu jenis makanan yang sangat popular di negei Johor iaitu
TEMPE
.jpg) |
inilah tempe ye kawan-kawan
untuk pengetahuan kawan-kawan semua, tempe sangat popular dalam kalangan masyarakat di JOHOR, ini kerana kebanyakkan orang JOHOR berbangsa jawa dan tempe merupakan makanan rujin bagi masyarakt di sini. Tempe juga, mempunyai khasiat yang tersendiri yang mampu membantu sistem pertumbuhan badan dengan lebih baik bahkan khasiat tempe sangat banyak. Sebagai panduan cik nieza selitkan sekali 10 khasiat tempe yang kawan-kawan perlu tahu.
10 Khasiat Tempe buat panduan kawan-kawan
1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah
dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.-elak keracunan
makanan
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan
sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk mereka yang
ada darah tinggi.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat
mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung. – yang
sakit jantung pun bagus.
4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar
hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn),
protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut
terkandung dalam tempe- untuk wanita atau model2 yang takut
gemuk
5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe
mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang
tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang
mengurangkan risiko infeksi.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada
tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif
kalau tak larat makan oat.
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. – Harus di
amalkan selalu.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan
kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik
infeksi ataupun degeneratif.- menyeimbangkan pengambilan gizi
seharian.
9. Mencegah timbulnya hipertension. – Elok untuk yang cepat
marah.
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah
osteoporosis.- haaa, dah tak payah lagi nak beli susu anlene yang
mahal tu, makan tempe dah memadai. Kan dah jimat tuh. Hehe.
|
Banyak bukan khasiat yang terdapat pada tempe, hari nie dengan penuh kasih sayang, cik nieza nak berkongsi sejenis masakan yang berasakan tempe iaitu
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
selalunya, sambal tempe ikan bilis akan dimakan bersama dengan nasi panas, untuk pengetahuan kawan-kawan sambal ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai bekalan untuk perjalanan yang jauh. kat bawah nie resepinya ye~~
BAHAN-BAHAN
4 keping tempe
1/2 cawan ikan bilis
1/2 cawan kacang tanah
20 tangkai cili kering ( dikisar )
2 labu bawang besar ( dikisar )
6 ulas bawang putih ( dikisar )
2 cawan minyak masak ( mengoreng )
2 biji limau nipis ( diambil jusnya )
gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masukkan tempe. goreng sehingga kekuningan ( angkat dan asingkan )
2. goreng ikan bilis ( jangan terlalu kering ) angkat dan asingkan
3. Goreng kacang sehingga garing. ( angkat dan asingkan )
4. keluarkan minyak tadi dan tinggalkan sedikit dalam kuali
5. kemudian tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak
6. masukkan jus limau dan gula. tambahkan garam jika perlu
7. campurkan bahan yang telah digoreng tadi.
8. sedia dihidang
resepi dah ada, apa lagi jangan lupa mencuba....dadidu~~~
jumpa lagi di entri akan datang
hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
aka NIEZA
No comments:
Post a Comment