ASSALAMUALAIKUM..
jeng...jeng..kawan-kawAn
masih ingat lagi tak PERANGGU MEJA....kita dah belajar masakan, jadi kita kena
tahu bagaimana untuk menyediakan dan menghidang makanan kita di atas meja
beserta kutleri. Kaedah ini di kenali sebagai peranggu meja.
Entry pada kali ini Cik
Ana hendak berkongsi mengenai pandua untuk menyediakan peranggu meja..mesti ada
yang tertanya-tanya..apa peranggu meja tu…peranggu meja ialah persiapan meja
makan yang lengkap dengan alatan menghidang yang betul dan sesuai dengan susun
atur yang betul. Manakala kutleri pula ialah semua jenis
sudu, garfu, dan pisau makan yang digunakan semasa makan di meja hidangan.
Panduan Menyediakan
Peranggu Meja
Panduan pertama yang perlu dilakukan ialah menggunakan alatan yang bersih
dan kering. Alas meja dan napkin yang digunakan juga mestilah bersih. Gunakan alas meja atau
saperah yang bersesuaian dan bentangkan dengan rata di atas meja hidangan. Alaskan hidangan panas dengan alas
pinggan. Manakala aturkan
kutleri dan pinggan dengan jaraj 2.5cm dari tepi meja. Mulut gelas hendaklah dihalakan ke atas. Letakkan gelas
disebelah kanan hujung sudu atau pisau. Jika makan dengan tangan,
letakkan gelas di sebelah kiri pinggan. Letakkan garpu dengan menunjukkan
jejarinya ke hadapan di sebelah kiri pinggan makanan. Langkah akhir sekali ialah letakkan gubahan bunga yang rendah dan
ringkas untuk menyerikan meja hidangan.
Sajian Cara Melayu
1.Alas meja atau saperah digunakan untuk mengalas
sajian.
2.Orang Melayu makan dengan menggunakan tangan
kanan. Oleh itu, kendi air disediakan untuk mencuci tangan sebelum,
semasa, dan selepas makan.
3.Gelas minuman diletakkan di sebelah kiri pinggan
makan.
Sajian Cara Cina
1. Biasanya meja hidangan
berbentuk bulat digunakan.
2.Penyepit diletakkan di
atas pengalas penyepit dan disusun di sebelah kanan pinggan / mangkuk.
3.Cawan teh diletakkan di
sebelah kanan penyepit.
Sajian cara India
1.Pinggan dan mangkuk kalis
karat digunakan untuk menyaji makanan.
2.Kendi air disediakan
3.Gelas air diletakkan di
sebelah kiri pinggan dan mangkuk kalis karat atau daun pisang.
Sajian Cara Barat
1.Menggunakan alas meja
dan lapik pinggan sebagai alas sajian.
2.Gelas minuman diletakkan
disebelah kanan pinggan makan.
3.Camca,sudu,garpu dan
pisau digunakan dalam sajian cara Barat.
4.Nepkin meja di sediakan
di atas meja hidangan.
Ok lah..kawan-kawan..setakat ini sahaja yang Cik Ana dapat berkongsi mengenai peranggu meja...Cik Ana harap dengan perkongsian ini menambahkan lagi ilmu pengetahuan kawan-kawan...
"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN
Thanks so much kak Ana!!!
ReplyDelete