KUNCI KERAJAAN

Showing posts with label KONGSI CERITA. Show all posts
Showing posts with label KONGSI CERITA. Show all posts

Monday, December 24, 2012

TAK NAK SAYUR!!

ASSALAMUALAIKUM...

anak cuma nak makan ayam??
anak suka makan coklat??
anak tak nak makan sayur??

hmm itu antara kata-kata para ibu bapa yang sering kita dengari.kanak-kanak sangat sukar untuk makan sayur-sayuran. walhal, sayuran adalah nutrien yang sangat penting buat tubuh badan manusia.




Sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuhan

atau bahagian tumbuhan yan dimakan secara 

mentah atau setelah dimasak, sebagai ulam, 

salad atau lauk, bukan pencuci mulut dan 

bukan makanan ruji atau snek. Sayur boleh 

dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu 

jenis daun, buah dan ubi. 



buat para ibu bapa, 

  • latihlah anak-anak anda makan sayur sejak mereka kecil lagi.

  • jika anak anda tidak mahu juga makan sayur, gunalah inisiatif lain. contohnya, buat sup sayur. atau mencampurkan sayur dalam masakan ayam. 

  • beritahu anak-anak tentang pentingnya khasiat sayuran buat pertumbuhan mereka.






miss abby sendiri, sangat sukakan sayur-sayuran. tak kiralah sayur apapun. kalau makan 

tak ada sayur, tak lengkap rasanya miss abby 

makan.. :-p


jadi, nasihat miss abby pada pembaca di luar sana, 

amalkanlah gaya pemakanan yang sihat. 



Salam Kesihatan,

SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby

KESAN MAKAN MEE SEGERA....


Assalamualaikumm....

entry pada kali ini cik ana mahu berkongsi kesan terhadap pemakanan mee segera...kawan2 pernah makan tak...ok jom kita lihat kesan sampingan terhadap pemakanan mee segera....

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa mee segera sangat terkenal dikalangan pelajar terutama pelajar university. Faktor kekangan masa dan wang menyebabkan pengambilan mee segera ini diambil secara kerap.Mee segera ini sangat murah dan mudah penyediaanya.Namun kita perlu sedar bahawa tidak semua yg MURAH dan MUDAH itu baik untuk kesihatan kita…

Di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Tahukah kawan2 kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya.Waaaa..bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
Kawan-kawan jangan terkejut taw…dahsyatkan.. tapi inilah fakta.. kawan2 Digalakkan jangan minum sekali air yang digunakan untuk memasak mee kerana air tersebut akan melepaskan bahan-bahan yang membahayakan badan kita. Terdapat laporan bahawa seorang murid yang gila jimat duit makan mee segera tiap-tiap hari, akhirnya meninggal dunia selepas tamat pelajaran!
 Hmmm..cik ana cadangkan..rajin-rajinkan diri untuk masak makanan yang lebih berkhasiat. Kurangkan pengambilan mee segera jika ia menjadi makanan rutin,cuba jarakkan 4-5 hari.

"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

Sunday, December 23, 2012

PIRAMID MAKANAN

ASSALAMUALAIKUM..

hye kawan-kawan semua.. selamat pagi.. 

pastinya kita pernah lihat 2 bentuk tubuh ini kan? 


terlalu kurus (anaroxia)





terlalu gemuk (obesity)


pastinya kita tidak mahu menjadi sebegitu kan? oleh sebab itu, kita perlulah makan ikut keperluan tubuh badan kita dan bukannya mengikut nafsu.. 

jom kita tengok PIRAMID MAKANAN... 





Apakah Piramid Makanan?

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih 

makanan secara sihat. Makanan yang

dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada 

kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan 

paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian 

paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang 

dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan 

kepada kandungan zat dan fungsinya.


ARAS 1

Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan 

yang kaya dengan karbohidrat

kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. 

Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan 

sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada 

kumpulan iniperlu diambil paling banyak. Contoh makanan 

bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi,  mihun, roti, 

pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan 

ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2

Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid 

Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan 

serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan 

banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3

Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid 

Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat 

besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak 

dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan 

ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan 


kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan 

serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya 

(seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.


Hasil Tenusu

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil 

tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya 

dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan 

vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak. 


ARAS 4

Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan 

bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya 

sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu 

dimakan.


kawan-kawan,
marilah kita sama-sama amalkan gaya hidup yang sihat. bukannya kita tidak boleh makan makanan berminyak, cuma hadkanlah pengambilannya. sebab semua penyakit, bermula dari gaya pemakanan kita...

SELAMAT BERAMAL



Salam Kesihatan,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby

Manfaat Madu yang Sangat Baik.......



Siapa yang tidak kenal madu? Madu sudah terkenal dengan rasanya yang manis dan kaya dengan nutrisi. Minum madu setiap hari bermanfaat untuk mencegah tubuh dari serangan penyakit.



Antara beberapa khasiat madu ialah :

1.  Mencegah Kanker

Kandungan flavonoids yang terdapat pada madu serta antioksidannya dapat mengurangi risiko kanker dan penyakit jantung. Sementara itu kandungan karsinogen pada madu mampu mencegah tumor.

2. Meningkatkan sistem imun (kekebalan tubuh)

Madu juga kaya akan zat antioksidan yang dapat meningkatkan  sistem pencernaan tubuh sehingga tubuh menjadi lebih sihat. Madu mempunyai kandungan nutraceuticals dapat melawan radikal bebas yang masuk dalam tubuh.

3.  Meningkatkan Stamina

Menurut hasil penelitian, madu dapat meningkatkan performa (
ergogenic),yang dapat meningkatkan tenaga terutamanya kepada atlet. Madu dapat membantu tubuh mengawal gula darah dan juga membantu penyembuhan otot serta pemulihan stamina.


4.  Sumber vitamin dan mineral

Madu juga diketahui kaya akan kandungan vitamin dan mineral. Kadar vitamin dan mineral tersebut bergantung pada hidapan lebah tersebut.

5.  Menghalau bakteri dan jamur

Madu juga mengandung zat antiseptik yang berfungsi untuk menghalang pertumbuhan bakteri, hal tersebut mampu menjaga tubuh . Jika seseorang mengalami luka, maka madu sering dijadikan ubat untuk merawat luka.

6.  Menurunkan berat badan

Berbeza dengan gula yang tinggi kalori , madu mengandung vitamin dan mineral yang diperlukan  tubuh. Banyak yang meyakini bahawa madu  dijadikan  untuk menurunkan berat badan.



"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

MAKAN WAKTU MALAM?



Selamat malam semua, dah makan ke belum~~~~~
dah lewat-lewat nie jangan makan banyak sangat, tak baik untuk kesihatan kawan-kawan. 






Antara kesan yang boleh berlaku akibat daripada selalu mengambil makan pada waktu malam ialah


1. Akan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang KERANA ia tidak memberi  peluang kepada makanan @ lemak untuk dicernakan.

2. Yang ke-dua Lemak yang terkumpul itu akan menyempitkan saluran darah dan menghalang pengalirannya menyebabkan beberapa jenis penyakit bergantung di mana penyumbatan itu berlaku,'' kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong.

3. Seterusnya, Kajian menunjukkan bahawa lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif yang lebih buruk berbanding anggota tubuh yang lain.

4. Ia juga akan mengakibatkan Ia menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat banyak penyakit seperti jantung, serangan angin ahmar, diabetes dan kanser.

5. Tambahan lagi,penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah berkaitan tulang seperti artritis dan gout, kesukaran bernafas, hernia dan masalah berkaitan emosi.

6. Ada lagi, Sindrom Makan Malam (NES);


Jadi kawan-kawan jangan amalkan makan malam ye, memang tak baik untuk kesihatan kawan-kawan.

Jika kawan-kawan terasa lapar pada waktu malam digalakkan untuk mengambil makanan seperti, amalkan snek bernutrien, berserat dan rendah karbohidrat seperti potongan lobak merah, seleri, betik, salad dan epal.



tapi kalau kawan-kawan masih terasa lapar bolehlah kawan-kawan
 minum beberapa gelas air masak atau teh herba bercampur madu.

Tetapkan diminda kawan-kawan, tubuh  tidak memerlukan makanan yang berat pada waktu malam. Sentiasa
      beringat untuk mengekalkan berat badan yang seimbang dan kenapa ia begitu penting untuk diri kawan-kawan

BURGER MEMANG ENAK TAPI AMAT TAK ELOK UNTUK DINIKMATI PADA LEWAT MALAM


oleh itu, kawan perlu bijak untuk memilih dan merancang pengambilan makanan kawan-kawan kerana tubuh badan kita amat penting untuk diri kita, kerana kita memerlukan tubuh badan kita berpyuluh-puluh tahun lamanya. 


~~ SAYANGI DIRI ANDA, BERINGAT SEBELUM KENA~~~

HASIL IDEA: NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA





CENCALOK MELAKA

ASSALAMUALAIKUM

hye kawan-kawan semua... harapnya semua sihat ye. sekolah pun dah nak bermula ni. buat ibu bapa, dah beli ke belum kelengkapan untuk anak-anak?? jangan tunggu saat-saat akhir ye. 

buka peti ais kat rumah ni, miss abby ternampak sesuatu!! cuba teka apa dia... hihi.. miss abby nampak CENCALUK... dah lama rasanya miss abby tak makan cencaluk ni. kalau makan je, lepas tu bersiap sedialah dengan perisai segala. sebab mesti miss abby gatal-gatal hidung punyalah. 



Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. 
Oleh sebab ia dibuat daripada  udang geragau, cencaluk 
mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya 
yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi 
makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita 
menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita 
akan teringatkan cencaluk.

Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat 
Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan 
masyarakat. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa 
menikmati hidangan nasi dan ada juga yang  menjadikan petai atau 
jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.


biasanya cencalok ni, kita beli dah siap dalam botol je. banyak 
dijual di pasaran. kalau nak makan tu, kita tambahkan:

bawang besar 
cili api
limau kasturi




perghhh.. kalau makan dengan nasi, makin selera 
lah! hihi... 

kalau ke melaka, jangan lupa dapatkan cencalok asli melaka ye!

jumpa lagi di entry akan datang.


Salam Timur,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby




KACANG SOYA


Pernah tak kawan-kawan menikmati makanan yang berasaskan kacang soya?

Kawan-kawan tahu tak kacang soya mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi yang mampu membantu sistem tubuh berfungsi dengan lebih baik?

Tahukah kawan-kawan kacang soya juga tergolong diantara makanan terbaik dunia?

oleh itu tergerak di dalam hati cik nieza untuk berkongsi kebaikan kacang soya dan resepi penghasilan air kacang soya dengan kawan-kawan semua~~~





KEBAIKAN KACANG SOYA

1. Kacang soya mampu, mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

2.  Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

3.  Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

4. . Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

5. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.


Selain itu juga, kacang soya sangat berkhasiat terutamanya pada golongan wanita, antara khasiat Kacang soya untuk wanita ialah :

1. Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. 

2. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. 

3. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. 

4. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

Setelah cik nieza menerangkan kebaikan kacang soya, cik nieza nak berkongsi pula, resepi pembuatan air kacang soya. Kalau dipasaran air kacang soya memang sudah terkenal dan berada di tarafnya yang tersendiri. Sudah semestinya, air kacang soya telah mendapat tempat dihati setiap pengemarnya.

contoh air kacang soya yang telah dikomersialkan


Bagi yang gemar membuat sendiri air kacang soya  cik nieza sertakan sekali resepi nya. Lepas nie, kawan-kawan boleh lah cuba menghasilkan sendiri


BAHAN
 152 g Kacang soya ( direndam )
2 liter Air Sejuk
250g Gula pasir

CARA PENYEDIAAN

1. rebus gula dan air untuk mebuat sirap secukupnya
2. Kisar kacang soya dengan lumat, tapis dengan kain maslin
3. Rebus air kacang soya bersama 2 liter air.
4. Biarkan hingga mendidih, campurkan dengan gula sirap. untuk menyegarkan, sejukkan dalam peti sejuk. 


~~~ SELAMAT MENCUBA~~~


HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA









Saturday, December 22, 2012

ROTI ARAB


Apa khabar kawan-kawan cik nieza semua, harap semua dalam keadaan sihat~~~~~
Bila waktu tengahari macam nie, perut macam biasa lah akan menyanyi lagu dangdut~~~ dia punya rancak tak taw nak bagitaw macam mana ....sabar ye perut lepas tulis entri ni, cik nieza suapkan~~~ hehhe

Kat Malaysia nie, memang kaya dengan pelbagai jenis makanan yang pelbagai rasa, warna dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Cik nieza pernah terdengar, orang afrika mati sebab tak cukup makan, manakala orang kita mati sebab terlebih makan. IShhhhhh!!!!! jangan lah jadi macam tu...amat tak seronok betul di dengar. 

Bila sebut tentang makan nie, teringat pula saudara kita di Gaza sekarang nie, macam mana lah keadaan dia sekarang kan. Makan ke tidak, kalau kita kat sini tidur siap  beralaskan tilam VONO dengan lagu twinkle, twinkel litter star, diowang pula beralaskan batu dan dengan letupan bom..MasyaAllah besar betul ujian diowang. kawan-kawan jangan lupa berdoa untuk diowang ye....




kawan-kawan tahu tak separuh penduduk gaza adalah terdiri daripada kanak-kanak,,dan mereka juga telah diajar untuk berjihad dari mereka kecil lagi. 



Jadi kawan-kawan, kalau ada yang mintak derma untuk gaza tu, kawan-kawan jangan lah buat tak tahu jew, hulurkan lah sedikit bantuan kepada mereka yang betul-betul di dalam kesusaha. InsyaAllah Tuhan pasti akan membalasnya..

Oh ye, untuk pengetahuan kawan-kawan. Di negara palestin rakyat disana selalunya akan menggunakan gandum sebagai bahan utama dalam makanan mereka. Salah satunya ialah Roti Arab.

Roti arab memang banyak boleh divariasikan, mereka akan bersama dengan kuah daging atau makan begitu saja. Mamcam di Malaysia, rakyat disini pun tidak kurang hebatnya, roti arab biasa dimakan dengan sambal ikan bilis atau kuah kari daging

Dengan penuh kasih sayang, cik nieza nak berkongsi pembuatan roti arab dengan kawan-kawan semua



BAHAN


BAHAN A :
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air
BAHAN B :
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

CARA PENYEDIAAN



1. Penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.

2.  Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
3.  Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
4. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
5.  Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
6.  Bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
7. Alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
8. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.


~~~SELAMAT MENCUBA~~~



save to gaza, HATE ISRAEL 



HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA