ASSALAMUALAIKUM
alhamdulillah, 14 minggu kuliah untuk semester 8 ni dah berjaya miss abby lalui. segala tugasan dah diselesaikan. yang tinggal hanyalah TESIS dan PEPERIKSAAN AKHIR pada 31hb ni.
pagi tadi miss abby ada pembentangan tesis bersama 12orang rakan yang lain. alhamdulillah, miss abby telah berjaya lakukannya walaupun perasaan bercampur baur ketika itu. bayangkan, 3orang panel tau yang mengkritik kita. apapun, terima kasih buat
dr prakash, dr azlina dan mr tee..
antara tips yang boleh miss abby kongsi buat rakan-rakan untuk hilangkan perasaan gementar:
- berdoa agar diberikan ketenangan semasa berucap.
- tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh.
- Buat persiapan sebelum buat perbentangan
- Berlatih di depan cermin,cara ni berkesan sebab kita boleh ekperasi muka kita semasa bercakap.
hmm esok miss abby nak pulang ke kampung halaman seketika untuk merehatkan minda. niat di hati nak merenung wajah dua insan kesayangan miss abby yang hendak melihat kejayaan miss abby. siapa lagi tak lain tak bukan, mak dan ayah miss abby.
HJH MEDAH BINTI HJ HUSSIN &
HJ ABU BAKAR BIN HJ MAJID
bersama mak, ayah dan 5 beradik yang lain masa syawal ogos lepas.. ha.. cuba tengok. muka miss abby macam siapa. hihi...
ramai kata miss abby ni ANAK EMAK.. :-p
alahai.. rindunya nak makan sambal udang dan petai mak!!
nama pun "orang kampung".. kalau tak makan petai, tak best la kan. hihi...
Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia tenggara yang beriklim panas lembap.
petai ni berkhasiat tau! bukan sahaja buah, tapi daun dan akarnya juga...
petai ni berkhasiat tau! bukan sahaja buah, tapi daun dan akarnya juga...
KHASIAT PERUBATAN PETAI
Biji Petai - Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati busung, bengkak buah pinggang, kencing manis. Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.
Daun - Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.
Akar (kulit akar) - Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.
Biji Petai - Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati busung, bengkak buah pinggang, kencing manis. Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.
Daun - Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.
Akar (kulit akar) - Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.
mari kita lihat cara menyediakan sambal tumis udang dan petai ni.
Bahan-bahan:
3 papan petai - diambil isinya
1/2kg bawang besar - dihiris
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan-bahan kisar:
Bahan-bahan kisar:
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 batang cili kering
1 ketul belacan (kalau gatal-gatal, elakkan
guna belacan, tapi tak kick lah, hihi)
cara:
1. panaskan kuali, tumiskan bahan kisar
hingga wangi
2. kemudian tuangkan air asam jawa dan masak
pada api sederhana hingga naik minyak
3. selepas itu, masukkan petai, udang dan
bawang besar. kacau rata
4. masukkan garam secukupnya. kacau sehingga
udang masak
5. hidangkan bersama dengan nasi putih panas-
panas. GERENTI TAMBAH NASI 2x!!
oklah, jumpa lagi di entry lain. belajar, belajar!! hihi..
Salam Timur,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby
Salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
ReplyDeletejom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik