ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah, bertemu lagi di entry baru
ni. Harap-harap pembaca semua sihat la ye.
Hmm bercerita tentang kesihatan ni, memang
ramai yang tidak gemar untuk bersukan dan beriadah. Pendek kata, aktiviti untuk
mengeluarkan peluh ni memang payahlah nak kita lakukan, termasuklah saya. Baru-baru
ni, miss abby mendaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Dapat juga mengeluarkan peluh dan seterusnya
menyihatkan badan.
Bukit Broga mempunyai trek 1.8km. Kami mula
mendaki dalam 7.30 pagi. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak lebih kurang
1 jam perjalanan.
di puncak...ALHAMDULILLAH!!
Aktiviti mendaki ni amat
menarik dan seronok sebenarnya. Namun ia sedikit berbahaya. Para pendaki
haruslah berhati-hati semasa mendaki. Dan perkara yang perlu diingat, kita
kenalah ambil SARAPAN terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian kerana
pendakian ini memerlukan stamina yang kuat. Air 100 plus, air mineral dan
coklat juga bolehlah dibawa sebagai makanan bekal.
SARAPAN WAJIB DIAMBIL OLEH SETIAP INDIVIDU .
kenapa???
bagi memastikan badan sentiasa cergas
dan minda cerdas sepanjang hari.
Kepada para pembaca di luar sana yang
gemarkan aktiviti mendaki, bolehlah mencuba untuk mendaki Broga Hill ini. Ia
merupakan satu trek yang menarik dan dapat mengeluarkan peluh. Dah naik, rasa
tak nak turun, hihi…
Jumpa lagi di entry akan datang.
Jaga diri, jaga kesihatan dan sama-sama
kita perbaiki diri.
Amalkan gaya hidup yang sihat. Ketawa dan senyum selalu..
(petua awet muda)
Dadidu…..
Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR a.k.a miss abby
No comments:
Post a Comment