Kulit Kayu Manis
Kayu
manis boleh didapati dalam bentuk kayu atau serbuk. Bentuk kayu boleh disimpan
untuk tempoh yang lebih lama tetapi bentuk serbuk mempunyai rasa yang lebih
kuat.
Bunga Cengkih
Bunga cengkih mengeluarkan aroma. Ia
digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan
bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak.
Bunga Lawang
Bunga
lawang adalah salah satu bahan dalam 5 rempah serbuk Cina. Ia digunakan sama
ada dalam bentuk asal atau hanya bahagian-bahagian bagi menambah rasa ke dalam
masakan
Buah Pelaga
Buah pelaga dikenali sebagai ‘ratu’ segala rempah. Pelaga
digunakan untuk menambah rasa yang unik ke dalam nasi, daging, sayuran dan
pelbagai masakan lain. Kulit pelaga tidak digunakan kerana akan meninggalkan
rasa yang pahit di dalam masakan.
Digunakan
untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai
aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu,
ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau
ikan goreng dan sebagainya.
Jintan Manis
Berbau
harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau
dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan
rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan.
Mempunyai bau yang
kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis.
Kegunaannya juga sama.
Halba
Halba
berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga
untuk membuat kuih.
"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN
No comments:
Post a Comment