KUNCI KERAJAAN

Saturday, December 1, 2012

MASAKAN MASIN



        ~~~SELAMAT MALAM SEMUA~~~~

Tengah buat apa tu~~~~ tidow  dah ker? sebelum tidow tu meh baca entry cik nieza...meh meh dekat dekat sikit, biar jelas~~~ hehehhe

Masa kelas amali haritu, unit cik nieza diberi tugas untuk memasak masakan berasaskan kaum cina. Disebabkan cik nieza tidak mempunyai pengalaman dalam penghasilan masakan cina dan tidak pernah merasai masakan cina tersebut menyebabkan cik nieza amat keliru dalam penghasilannya...


                                lebih kurang macam gini lah kekeliruan yang melanda cik nieza....


Semasa dalam penilaian masakan dilakukan oleh pensyarah, cik nieza tengok muka pensyarah cik nieza dah kembang kuncup, kembang kuncup, kawan-kawan yang menilai apa lagi..yang terus terduduk  ada, yang melompat-lompat pun ada...
Cik nieza dah pelik...cik nieza tak ada pula letak bendasing yang pelik-pelik dalam masakan tu, semua ikut resepi ye kawan-kawan......
Tengah duk pikir dengan muka berkerut-kerut kenapa lah pensyarah dengan kawan-kawan memberi reaksi sebegitu sila bayangkan ye dahi cik nieza berkerut~~ hehehe cik nieza terdengar


MASINNNNNN!!!!!!!


kenapa masin semua nie, tema hari nie kahwin ker? ikikikik tergelak cik nieza bila pensyarah cik nieza cakap macam tu, mana tidaknya, boleh kata semua unit hasilkan masakan terlebih masin. Mau tak kembang tekak pensyarah cik nieza...kecian taw, dah lah pensyarah cik nieza tak sihat masa tu.... makan ubat ye puan~~


~~~~ masin ye kawan-kawan masin~~~   bukan manis taw!!! emm disebabkan masalah inilah, menyebabkan keenakan masakan yang unit cik nieza hasilkan kekurangan markah...warghHHH~~ nangisss hehehe

Oleh kerana cik nieza rasa masalah ini sangat memberi kesan yang besar pada masakan, hasil bantuan pak cik goggle dengan petua indok tersayang, dapat lah cik nieza berkongsi ilmu untuk menghilangkan masin dalam dalam makanan dengan kawan-kawan semua....suka tak....cakap lah suka......ha cmto lahh~~~~ senyum sikit...hehhehe 


Dengan penuh kasih sayang, cik nieza berkongsi petua menghilangkan rasa masin dalam masakan ni. Tapi kalau kawan-kawan  terbubuh 1 kg garam dalam masakan dan cuba untuk menghilangkan rasa masin dengan menggunakan petua cik nieza, tetapi tak berhasil. Cik nieza betul-betul mintak maaf  kalau tak dapat membantu~~~ ampunkan kami penunggu gua ampunkan kami penunggu gua, mcm dialog cerita P ramlee pula..hehhee



 6 petua menghilangkan rasa masin.

1) Untuk ikan kering – bungkus ikan tersebut dalam surat 
khabar lalu rendamkannya di dalam air selama beberapa 
minit. Insya-Allah, rasa masinnya berkurangan dan masakan 
anda akan jadi ‘sesedap rasa’.

2) Satu lagi petua berkaitan ikan masin ialah dengan cara 
merendamnya dalam air basuhan beras untuk beberapa 
ketika. Cuci dengan air bersih sebelum dimasak.

3) Dapatkan sejemput kelapa parut dan jadikannya satu 
bunjut dengan membungkusnya menggunakan kain jarang. 
Masukkannya ke dalam masakan anda yang terlebih masin 
itu selama 15 atau 20 minit. Kemudian bolehlah keluarkan 
bunjut tersebut.

4) Cari pelepah pisang sepanjang 4 cm dan bersihkan. 
Masukkannya ke dalam kuah masakan yang masin tadi & 
biarkan ia di situ sehingga mendidih. Keluarkan pelepah 
pisang tersebut dari masakan.

5) Masukkan kentang yang telah dibelah dadu ke dalam 
masakan bagi menyerap rasa masin tersebut. Jika tiada 
kentang, gantikannya dengan timun yang dipotong 
memanjang.

6) Satu lagi cara ialah dengan menutup masakan yang 
terlebih masin itu dengan tudung periuk lalu matikan api 
dapur ( pastikan masakan itu telah mendidih terlebih dahulu 
). Biarkan tudung periuk itu selama beberapa minit. 
Kemudian angkat tudung periuk tersebut dan basuh@cuci, 
namun jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. 
Lihat kesannya,kawan-kawan pasti puas hati.


cik nieza sempat lah tanya indok cik nieza, betul ker kalau orang 
masak terlebih masin tu tandanya nak kahwin? indok cik nieza 
senyum-senyum jew,,,,cik nieza pun masuk bilik dan jerit 
YESSSS!!!!! hhahah shhhh diam-diam jangan bagitau 
indok cik nieza taw

          k lah kawan-kawan ta ti tu, ~ papai assalamualikum~~~

           ~~~SELAMAT MENCUBA PETUA~~~



 HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
                         AKA  CIK NIEZA

















No comments:

Post a Comment