Bila berada di Johor, sudah semestinya cik nieza akan menikmati juadah yang bertemakan negeri JOHOR. Semasa makan tenghari tadi, jiran cik nieza bagi satu jenis lauk orang jawa. Walaupun cik nieza orang bugis, cik nieza memang suka lauk nie. Lagi-lagi kalau makan bersama dengan nasi panas, memang terangkat lah kawan-kawan
Mesti kawan-kawan tertanya-tanya lauk apa lah yang cik nieza sibuk bercerita. lauknya ialah!!!!!!
JENG JENG JENGZ!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
"AYAM MASAK UNGKAP"
![]() |
inilah ayam masak ungkap |
Bila sebut nama masakan pun dah macam jawa, mesti dulu MAWI selalu makan kan, MAWI kan jaworlddd~~~ hehehe.
Untuk pengetahuan kawan-kawan masakan ni,selalunya dimasak pada waktu hari perayaan dan dimakan bersama ketupat. Kira cik nieza nie beruntunglah tak payah tungguu raya cik nieza dah dapat makan dah...TERIMA KASIH JIRAN~~~ehheheheh
Disini cik nieza sertakan sekali resepi pembuatan AYAM MASAK UNGKAP
BAHAN
1/2 ekor Ayam
2 sb Ketumbar
garam
gula
1tbs asam jawa
2 tangkai daun saderi
2 tangkai daun bawang
Bahan kisar
1 inci halia
1 inci Lengkuas
1 inci Kunyit
1 tbs jintan putih
1tbs lada sulah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putihj
Bahan Tumis
4 batang Cengkih
4 biji pelaga
1 kulit kayu manis
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak,l tumis rempah penumis. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, tumis hingga wangi
2. Masukkan ayam dan santan, masak biar empuk. masukkan air asam jawa, sedikit gula serta garam. Masak hingga pekat
3. Angkat, hidangkan tabur daun sadri dan daun bawang yang telah dimayang
~~ Apa lagi kawan-kawan jangan lupa mencuba~~
Di JOHOR ada bugis, banjar dan jawa
Pelbagai variasi masakannya
kawan-kawan jangan lupa cuba
Sekali cuba, tak tidur malam dibuatnya.
HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA
No comments:
Post a Comment