~~~Selamat tengah hari semua~~~
Dah makan? urmm almaklumlah tengah hari macam ni kalau perut tidak di isi akan berdondang sayang lah jawabnya. Oh ye, masa cuti semester yang lepas cik nieza berkesempatan untuk pergi ke majlis pertunangan kawan baik cik nieza. Bukan main berseri-seri lagi kawan cik nieza, bila dah tengok kawan mula memasuki ke alam perkahwinan, urmm mula lah rasa diri nie dah berusia. Pejam celik pejam celik dah 24 tahun cik nieza bergantung hidup dengan keluarga dengan cukup kasih sayang yang diberikan......wahhh rindunyaaa keluarga saya....
 |
ni lah kawan cik nieza...comel kann...tudung pink tu..hhehehe
Dalam majlis tu, cik nieza di pertanggungjawabkan untuk merapikan kawan cik nieza dalam aspek solekan dan dandanan, lepas nie kalau kawan-kawan ada yang nak bertunang nk mintak bantuan cik nieza untuk bahagian dandanan dan solekan cik nieza sedia membantu. ~~chewahhh macam pakar jew~~
semasa sesi menjamu selera, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk yang enak-enak dan paling cik nieza suka pemanis mulut dia iaitu
PUDING BUAH PIC
Puding buah pic nie, sangat sedap dan enak taw kawan-kawan. Lagi-lagi bila kita makan semasa waktu panas memang amat melegakan, bila makan puding ni, rasa sejuk jew tekak cik nieza. selepas majlis tu cik nieza sempat lah tanya kawan baik cik nieza resepi puding ni, hasil bantuan ibu ( panggilan untuk emak kawan cik nieza ) dapat juga cik nieza resepi puding yang enak ni
dengan penuh kasih sayang cik nieza nak berkongsi resepi PUDING BUAH PIC dengan kawan-kawan semua.
salin ya jangan tak salin.

Bahan-bahan
10 gram serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair ( 400ml )
2 tin buah pic ( potong dadu )
Cara penyediaan
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. tutupkan api
2. Masukkan susu cair dan potongan buah pic. kacau rata
3. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan
4. Hidangkan bersama lebihan buah pic
5. Sedia dihidang
Ooh ye, antara khasiat buah pic bagi setiap 100g ( 3.5 0z ) ialah buah ini akan memberikan tenaga sebanyak 170kj, mengandungi karbohidrat sebanyak 9.5 g yang terdiri daripada gula sebanyak 8.4g. Selain itu juga, buah ini mengandungi serabut diet sebanyak 1.5g yang terdiri daripada lemak yang mengandungi 0.3g dan protein sebanyak 0.9 g. Dengan kandungan lemak yang sedikit, buah ini memang dapat membantu kawan-kawan dalam program diet. bahkan untuk pengetahuan kawan-kawan buah ini turut mengandungi vitamin A, Folat ( vit B9 ), vitamin C dan kalsium.
.jpg) |
Ada sapa-sapa yang tak kenal inilah buah pic |
jadi apa lagi kawan-kawan buah pic bukan sahaja enak untuk dimakan bahkan mampu memberikan kesan yang baik pada kesihatan kawan-kawan juga.
~~SELAMAT MENCUBA~~
Hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
aka CIK NIEZA
|
No comments:
Post a Comment