KUNCI KERAJAAN

Wednesday, December 19, 2012

KERAIAN ?


~~~~~Assalamualaikum ~~~~



~~~dimulakan dengan nada sedih ~~~

setelah 4 tahun perjalanan cik nieza dalam pendidikan kemahiran hidup akhirnya sampailah penamatnya. Pada minggu ini buat kali terakhir cik nieza akan menjejakkan kaki sebagai pelajar tumpuan masakan di dapur UPSI. Walaupun hati gembira dah habis pengajian, tetapi kenangan di UPSI tak akan cik nieza lupakan. Sudah semestinya kenangan gembira, gelak tawa bersama kawan-kawan dan pensyarah semasa kelas amali di dapur akan cik nieza kenang sampai bila-bila..warghhhh~~~ sambung nangis ~~



urmmm kesat air mata ....Untuk kelas terakhir bagi subjek VEF 3056 PENYEDIAAN MAKANAN TIMUR kami ditugaskan untuk memasak juadah yang bertemakan keraian. Pada minggu terakhir ini, unit cik  nieza di pilih untuk memasak bagi masakan cina. 

Apa itu kerian ?

Menurut dewan bahasa dan pustaka keraian didefinasikan sebagai sesuatu hal atau perkara yang dilakukan untuk menghormati seseorang dengan mengadakan jamuan dan keramaian.  
  
sebagai contohnya pesta hari jadi, sambutan hari raya, dan majlis-majlis rasmi seperti perkahwinan. 

sudah semestinya, juadah yang dihidangkan adalah bertemakan majlis yang diadakan. Hal ini bertujuan  untuk menjadikan majlis yang diadakan lebih menyeronokan dan meriah dengan hidangan yang di sajikan bahkan turut dapat mengeratkan silaturahim antara pihak yang menganjurkan dan tetamu yang hadir. 

Contoh majlis keraian adalah 


1. Majlis hari jadi

~~~kek cokelat nyummmyy~~~

 selalunya pada majlis hari jadi juadah paling penting sudah semestinya kek. Kek dianggap sebagai makanan wajib, apabila mengadakan majlis ini

2. Majlis hari raya

Ketupat daun kelapa 

Ketupat daun palas

sudah semestinya ketupat. Ketupat yang diperbuat beras yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi sudah semstinya amat mengenyangkan bila dimakan bersama rendang, yang juga merupakan juadan wajib. 


3. Majlis perkahwinan

Nasi beriyani

Bagi majlis perkahwinan pula, pada kebiasaanya di negeri johor akan menghidangkan tetamunya dengan nasi minyak atau nasi beriyani. Selalunya hidangan ini akan disertakan bersama ayam masak merah, dan acar nenas. 

4. Sambutan tahun baru cina.

Kuih bulan inti kaya 

Setiap kali bila tibanya sambutan tahun baru cina, kuih bulan merupakan kuih yang wajib dihidangkan kepad tetamu yang hadir ke rumah. Kuih bulan yang mempunyai pelbagai rasa dan vaeiasi menjadikan kuih ini berada di pentasnya yang tersendiri. cik nieza sendiri pernah menikmati kuih ini, rasanya yang unik membuatkan sesiapa sahaja akan ingin menikmatinya semula. Bagi umat islam, haruslah memastikan kuih ini halal sebelum mencubanya, kerana ada pengusaha kuih bulan yang menggunakan arak sebagai salah satu bahan di dalam pembuatannya. 



 p/s : Harapan dapat memasak menu keraian bersama kawan-kawan kesayangan dengan masakan yang enak-enak dan lazat~~~~ ChayooKKKK!!! kawan-kawan semua~~~


HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA






No comments:

Post a Comment