KUNCI KERAJAAN

Wednesday, December 5, 2012

masakan cina

~~~~~Assalamualaiku semua~~~~~

Disebabkan kesibukkan yang amat melampau pada minggu lepas, cik nieza tak sempat nak update entri mengenai masakan amali yang unit cik nieza masak bersama cik ana dengan miss abby kita.
Pada amali lepas unit kami diarah untuk memasak lima jenis menu yang berasaskan cina iaitu



PIE TEE


merupakan salah satu warisan masakan dari kaum peranakkan  baba nyonya, kulit pie tee yang diperbuat daripada tepung beras dan campuran sedikit tepung gandum menjadikan kulit pie tee amat rangup bila dinikmati



KUBIS GULUNG BERINTI




inilah kubis berinti, kulit luarnya daripada kubis panjang yang dicelur dengan air panas, manakala dibahagian dalamnya terdapat inti yang mempunyai kandungan protein, seperti ayam dan sayur-sayuran yang memberi vitamin pada tubuh dan amat enak dimakan bersama sos 


BEEF GREEN PAPER


merupakan satu juadah yang dijadikan sebagai lauk untuk dimakan bersama dengan nasi panas. masakan ini banyak menggunakan bahan yang berwarna kehitaman seperti kicap, sos tiram dan penggunaan lada benggala dijadikan sebagai hero dalam masakan ini.


CRAB MEAT AND EGG DROP SOUP


merupakan salah satu soup yang amat popular pada kaum cina, biasanya soup ini dijadikan santapan pada waktu petang dan dimakan bersama roti kosong. hidangan ini amat enak dan berkhasiat kerana mempunyai protein seperti telur dan amat mengenyangkan


WHITE RICE


iye, inilah nasi putih, yang merupakan makanan ruji bagi masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa. sudah tentu masakan ini amat mengenyangkan kerana mengandungi kandungan karbohidrat yang sangat tinggi.



Lima masakan cik nieza dah kenalkan
resepi masakan menyusul kemudian
harap menunggu dengan penuh kesabaran
pasti unggul dengan pelbagai masakan


p/s : tatitu kawan-kawan, cik nieza nak sambung rehat nie, wahh bila demam nak baik~~



hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
aka CIK NIEZA


No comments:

Post a Comment