Selamat malam semua, dah makan ke belum~~~~~
dah lewat-lewat nie jangan makan banyak sangat, tak baik untuk kesihatan kawan-kawan.
Antara kesan yang boleh berlaku akibat daripada selalu mengambil makan pada waktu malam ialah
1. Akan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka masa
panjang KERANA ia tidak memberi peluang
kepada makanan @ lemak untuk dicernakan.
2. Yang ke-dua Lemak yang terkumpul itu akan menyempitkan
saluran darah dan menghalang pengalirannya menyebabkan beberapa jenis penyakit
bergantung di mana penyumbatan itu berlaku,'' kata Presiden Persatuan Pemakanan
Malaysia, Dr. Tee E. Siong.
3. Seterusnya, Kajian menunjukkan bahawa lemak yang
terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif yang lebih buruk berbanding
anggota tubuh yang lain.
4. Ia juga akan mengakibatkan Ia menandakan risiko yang
lebih tinggi untuk mendapat banyak penyakit seperti jantung, serangan angin
ahmar, diabetes dan kanser.
5. Tambahan lagi,penyakit termasuk tekanan darah tinggi,
kolesterol tinggi, masalah berkaitan tulang seperti artritis dan gout,
kesukaran bernafas, hernia dan masalah berkaitan emosi.
6. Ada lagi, Sindrom Makan Malam (NES);
Jadi kawan-kawan jangan amalkan makan malam ye, memang tak baik untuk kesihatan kawan-kawan.
Jika kawan-kawan terasa lapar pada waktu malam digalakkan untuk mengambil makanan seperti, amalkan snek bernutrien, berserat dan rendah karbohidrat
seperti potongan lobak merah, seleri, betik, salad dan epal.
tapi kalau kawan-kawan masih terasa lapar bolehlah kawan-kawan
minum beberapa gelas air masak atau teh herba bercampur madu.
Tetapkan diminda kawan-kawan, tubuh tidak memerlukan makanan yang
berat pada waktu malam. Sentiasa
beringat untuk mengekalkan berat badan yang seimbang dan kenapa ia
begitu penting untuk diri kawan-kawan
![]() |
BURGER MEMANG ENAK TAPI AMAT TAK ELOK UNTUK DINIKMATI PADA LEWAT MALAM |
oleh itu, kawan perlu bijak untuk memilih dan merancang pengambilan makanan kawan-kawan kerana tubuh badan kita amat penting untuk diri kita, kerana kita memerlukan tubuh badan kita berpyuluh-puluh tahun lamanya.
~~ SAYANGI DIRI ANDA, BERINGAT SEBELUM KENA~~~
HASIL IDEA: NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA
No comments:
Post a Comment