Haluuu…..kawan2..jumpa lagi…..
Yabedabeduuu..jom kawan2 kita berkongsi khasiat mengenai sayur tauge…suka makan sayur tauge tak?? Menu tauge
ini sering dipandang sebelah mata oleh
kebanyakkan kita. Tauge dianggap sebagai hidangan yang tidak menyelerakan.Hmmm
tapiiii..tahukah kawan-kawan sayur tauge ini sebenarnya mempunyai banyak
khasiatnya yang tersendiri.
Tauge adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika makan tengah hari
ataupun makan malam. Berikut disenaraikan beberapa khasiat taugeh kepada kita
semua:
Jom kawan-kawan kita selongkar khasiat yang tersembunyai di sebalik
sayur tauge……
1. Cegah Kanser
Tauge yang terdiri daripada jenis
kacang hijau, alfalfa mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah
satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu
melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Tauge juga mempunyai estrogen
semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh
dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan
tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat
membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom
pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur
Tauge juga mampu menyumbang kepada
kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu
membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang
dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok
dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan
mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian. Saponi di dalam
tauge akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik
HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar
saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Tauge yang mengandungi banyak serat
dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila
kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia
mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6.
Lebih Muda
Tauge juga padat dengan
antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
Secara kesimpulannya tauge merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih
muda.
Huhuhu..kenapa
mulut terlopong je ni nih..aisyy..tutup mulut tu..ni mesti kawan2 terkejut
selepas mengetahui betapa berkhasiatnya sayur tauge ini kepada kita….so apalagi
kawan-kawan…jangan ragu-ragu untuk mengambilnya….harganya pun berpatutan….murah
jeeee…yang penting berkhasiat….
"hasil coretan"
SITI FARHANA SHAMSUDDIN
No comments:
Post a Comment