~~~ASSALAMUALAIKUM SEMUA~~~
Hari ni, cik nieza nak berkongsi mengenai khasiat bawang putih pada kawan-kawan semua.
Bawang putih (Allium sativum)
merupakan sejenis tumbuhan
dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar,
bawang merah, lik , dan kucai.
Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia
semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih seperti
juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada
dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu
bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang membentuk satu
rumpun bebawang
Bagi yang mengalami masalah kesihatan pula, bawang putih amat mempunyai khasiat penyembuhan
bagi mereka yang mengalami masalah hidung berair.
Cuba ambil seulas bawang putih dan buang kulitnya. Cucuk-cucukkan ia dengan pin
sebanyak tujuh kali sambail berselawat. Tujuh kali saja tau... Jangan lebih
pulak, nanti tak menjadi.
Kemudian masukkan ke dalam hidung anda dan tarik nafas. Ia
akan pedis sedikit, tapi kenalah tahan sket tau kawan-kawan. Ulang dua hingga tiga kali. Insyaallah, masalah anda akan settel
Jika bawang putih dijadikan makanan, ia akan diserap ke
dalam aliran darah kemudiannya tersebar melalui pelbagai organ seperti bahagian
kulit, usus, paru-paru dan sistem perkumuhan air kencing
Semua organ-organ tersebut mendapat manfaat penyembuhan
daripada khasiat bawang putih..
Untuk gangguan usus
Kualiti yang terdapat pada bawang putih juga digunakan untuk
membantu merawat ulser. Untuk lebih berkesan makanlah tujuh hingga sembilan
ulas bawang putih sepanjang hari mengikut cita rasa masing-masing.
Sama ada memakannya dengan susu atau ditaburkan di atas
roti. Namun bagi ibu yang mengandung atau masih menyusukan anak tidak
digalakkan untuk mengambilnya.
Untuk mengelakkan jangkitan
Sangat bagus untuk penyakit kaki makan air, ketuat,
jangkitan-jangkitan kulit dan jerawat. Letakkan bawang putih segar yang telah
dilecek ke dalam sekeping kain kasa dan sapukan pada kawasan yang terlibat.
Tip untuk dapur anda
Apabila membeli bawang putih pilihlah yang masih kukuh.
Seharusnya kulit luarnya tegang, tidak pecah dan berwarna putih atau ungu.
Elakkan membeli bawang putih yang lembut dan lembap.
Bagi kawan-kawan yang takut menikmati bawang putih sebab takut mulut berbau, cik nieza sarankan baik kawan-kawan semua buang sikap takut untuk menikmati bawang putih dan cuba mengambil bawang putih sebiji sehari.
" JAGA LAH TUBUH KITA UNTUK KESIHATAN SEPNAJANG ZAMAN"
HASIL IDEA : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA
No comments:
Post a Comment