KUNCI KERAJAAN

Saturday, December 22, 2012

CENDOL


Assalamualikum kawan-kawan~~~

wahhh pejam celik, pejam celik dah 4 tahun rupanya perjalanan cik nieza menimba ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
 Bila dah nak habis belajar ni, mula lah rancang nak cari kerja sementara menunggu waktu untuk posting, bila teringat semasa kerja sementara kat kilang dulu, bila waktu rehat ada seorang engineer dalam departmend cik nieza yang rajin sangat keluar beli cendul.
 Cik nieza pun pelik kenapa lah abang nie suka sangat beli cendul tu, siap main korek-korek dalam plastik lagi untuk dapatkan isi cendul tu, kalau boleh tak tinggal satu biji pun dalam plastik tu. Bila sedap tengok dia korek-korek isi cendul tu, cik nieza pun tegur lah abg nie, " Abg yus,taw tak mamak yang jual cendul tu, kacau cendul yang abg yus makan ni dengan selipar dia? " abg yus yang tadi bukan main nikmat makan cendul automatik terus...WEkkKKKK~~ 

hahahhahah~~~yessz!!!! abg yus yang bijak pandai ni pun boleh terkena dengan cik nieza.

tapi yang paling syok tu, esoknya abg yus jumpa cik nieza dia nak tahu dia cakap apa?

" za, abg yus pi gerai cendul tu tadi, abang nampak dia kacau pakai selipar, tapi bukan selipar jew, siap dengan baju, seluar semua...." hahahah maknanya, abg yus dah taw dia terkena....start haritu pantang ada wakru free, mesti cik nieza akan kirim abg yus cendul, kadang-kadang mau satu departmend makan cendul...dasyattTT kan penangan cendul nie,,,dapat memikat hati semua orang~~~


 oh ye, di kampung cik nieza cendul mamak muslim amat terkenal terutama di bandar pontian di lorong haji taib. Di sana terdapat satu gerai kecil yang menjual cendol dan terdapat gerai menjual apam balik yang sangat enak bila digabungkan bersama terutama ketika minum petang. 

inilah gerai yang cik nieza selalu singgah 


masa cik nieza praktikum di ayer tawar perak dulu pun, ada gerai cendul yang sangat popular disana. Yang paling uniknya, kedai  cendul tersebut bukan sahaja menyediakan minumam cendul bahnkan turut ada juadah yang lain seperti rojak mamak dan nasi lemak. Bahkan cendul yang dijual terdapat pelbagai jenis seperti cendul pulut, cendul sota dengan cendul aiskrim. urmmm sedappp taw kawan-kawan


inilah Mr Cendol




Bila dah bercerita mengenai cendol nie, cik nieza nak berkongsi resepi pembuatan cendol dengan kawan-kawan semua




BAHAN

50gm Tepung Beras
2 Cawan air
1 helai Daun Pandan
sedikit Garam
2 titik Pewarna Hijau
1 tbs Air Kapur

Santan

1/2 biji Kelapa Parut Putih
1 biji liter Air
sedikit Garam

Sirap

100 gm Gula Melaka
25 gm Gula Pasir
sedikit air
1 helai daun pandan


CARA PENYEDIAAN

1. Masakkan gula melaka, gula pasir dengan daun pandan. tambah air sehingga cair, angkat, tapis dan sejukkan
2. Santan masak sebentar di atas api perlahan dan jangan sampai mendidih. Angkat dan sejukkan
3. Bancuh tepung dengan air sehingga rata ( seperti batter ) masak atas api perlahan serta kacau rata
4. Apabila telah mendidih dan pekat, angkat warnakan denga pekat
5. Letakkan acuan cendol, di atas besen yang diisi dengan air sejuk. Tuangkan doh cendol di atasnya sedikit demi sedikit dan tekan dengan belakang senduk kayu. Buat sampai habis
6. Apabila telah sejuk, tapiskan cendol dan masukkan dalam bekas dan sejukkan
7. Semasa menghidangkannya, masukkan sedikit cendol dalam gelas dan tuangkan santan , sirap diatasnya bersama parutan ais dan kacang merah. 



~~~~ SELAMAT MENCUBA ~~~~


Hasil idea : NORANIZA BINTI HJ MD JAPAR
AKA CIK NIEZA










No comments:

Post a Comment