~~~ASSALAMUALAIKUM SEMUA~~~
Tengah buat apa tu, dah makan ke belum ?
Hari nie sempat lah cik nieza singgah pasar malam yang terletak betul-betul dekat kolej kediaman yang cik neiza duduk ni. Tengah "jalan-jalan cari makan" chewah untuk mengisi pewot yang kosong ni, cik nieza terpandang satu jenis makanan yang dijual di pasar malam iaitu
ROJAK ASMA
ye betul nama rojak ni, ROJAK ASMA ye kawan-kwan bukan ROJAK BEDAH ATAU ROJAK SENAH glmour lah orang yang nama asma
Bila terpandang rojak asma, mesti teringat kat negeri kelahiran cik nieza iaitu JOHOR DARUL TA'ZIM, untuk pengetahuan semua rojak asma sangat popular di negeri Johor. Kalau kawan-kawan nak tahu kat kampung cik nieza waktu malam mesti ada lori putih bukak radio kuat-kuat pasang selawat nabi round-round taman jual rojak asma nie.
~~nenong nenong~~
![]() |
~~lebih kurang camni lah rupa lorinya~~ |
Bila dengar jew selawat dari van rojak asma nie, cik nieza yang duduk diam-diam kat rumah terus lari kuar umah dan pekik ROJAK ROJAK ROJAK!!!!! dengan cara tu saja rojak ni akan berhenti, kalau kawan-kawan panggil sayu sayu jew comform tak merasa lah rojak buah tu.
Rojak asma sangat sedap dan sangat enak taw kawan-kawan, lagi-lagi kalau makan ramai-ramai memang seronok. Dalam rojak asma ni, terdapat pelbagai bahan yang digaul bersama yang mampu memberi kelazatan pada tahap yang maksimum. Selain itu juga, kuah rojak asma yang dihasilkan perlulah mempunyai rasa yang enak dan lazat yang mampu mengangkat keenakkan Rojak Asma nie di hati semua pengemarnya.
Untuk berkongsi keenakkan bersama , cik nieza berkongsi resepi Rojak Asma buat kawan-kawan semua. jangan lupa salin ye kawan-kawan
BAHAN-BAHAN
BAHAN KUAH
150 g kacang tanah
( goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar )
50 g udang kering
(direndam 10 minit, toskan dan goreng garing, kisar halus)
50 g biskut marie
( dikisar halus )
50 g kismis
50 g cili kering
( dibuang biji, rendam dalam air panas dan toskan )
8 biji bawang merah kecil
3 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
(dikisar halus)
Asam jawa 10g + 1/2 cawan air
(ramas dan tapis utk jusnya)
Garam, gula
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
ROJAK
3 biji kentang
(belah 4 setiap biji dan rebus empuk, toskan)
2 keping tauhu (belah dua)
2 keping tempe
100 g fish ball
1 biji timun
2 - 3 biji cili hijau (dihiris kasar)
3 biji telur, direbus
Sedikit bijan, disangrai
Bancuhan tepung beras secukupnya
(tahap kepekatan sama mcm nak goreng pisang)
CARA PENYEDIAAN
UNTUK KUAH ROJAK:-
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi
dan harum. Masukkan kacang tanah dan udang kering kisar. Masak
hingga terbit minyak. Masukkan kisaran biskut marie dan masak
sekejap. Tuang air mengikut keperluan dan biar mendidih,
masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula dan serbuk
perisa (jika suka), masak hingga pekat sedikit dan matikan api
UNTUK BAHAN2 ROJAK:-
Asingkan sengkuang, timun, salad dan cili hijau. Bahan2
selebihnya dicelup dalam bancuhan tepung beras dan goreng
hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper
towel. Buat hingga semua siap.
PENYEDIAAN ROJAK ASMA JB:-
Potong kecil mana bahan rojak yang agak besar. Ambil setiap
bahan2 rojak dalam kuantiti sederhana ke dalam pinggan, tuang
kuah rojak dan tabur dengan sedikit bijan sebelum dihidangkan.
Makanan india, melayu dan cina,
semuanya ada keistimewaanya,
resepi rojak asma sudah tersedia,
kawan-kawan jangan lupa cuba.
Hasil idea : Noraniza Binti Hj Md Japar
aka Cik Nieza
ini untuk berapa portion
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete