KUNCI KERAJAAN

Wednesday, October 17, 2012

Makan Kuih Manis...Diriku Semakin Manis!! Ahack!!ss







Assalamualikum....................

      Hai kawan-kawan selamat malam semua......dah makan? umm waktu malam macam nie jangan ambik makanan yang berat-berat taw....berat bukan bila angkat tu rasa berat tetapi makanan yang berkalori tinggi macam nasi+ayam masak merah kang bunbunbuncittt pulak pewot tu nanti...

tapi rakyat Malaysia nie, makin malam, makin ramai pulak orang kat kedai makan tu...x caya!! cuba tengok kedai-kedai makan 24 jam tu..mesti penuh jew orang lagi-lagi kalau kedai tu ada disediakan skrin besar.. conform!!! ramai lah pelanggannya~~~

Baiklah haritu disebabkan beberapa masalah yang tak dapat diatasi, kami tak dapat lah teruskan niat untuk memasak masakan melayu yang telah saya kongsikan tempoh hari. jadi selepas berbincang membentang manifesto masing-masing ceh macam pilihan raya campus pula ahack!!   kitaorang mengambil inisiatif memasak KUIH MUIH MANIS/DESSERT

Menu yang unit saya dapat ialah!!!!!! 


BUBUR CACA dan KUIH CARA


Biasanya, kalau kat rumah bila nak buat bubur caca tu mak saya tak suka beli caca yang dah siap kat kedai tu. dia kata x nyameng ( sedap ) bahasa bugis ok!! hehee  oleh itu merangkap anak yang manja yang sentiasa di sisi bonda saya lah orang yang terpenting menghasilkan caca yang dibuat dari tepung beras tu. 


Emm..tapi selalunya saya buat caca x lah pakai acuan cendul bagai tu, tapi hanya bulat-bulatkan kecil-kecil macam duit 5sen tu jew. Bila makan tu rasa lah nk mengigit bagai. tapi kecian lah yang kat makcik-makcik saya yang dah derma gigi tu..nak makan tu liat benar nampak gayanya..hehehe ampunnn!!! Fuang!! ( panggilan untuk orang-orang tua bagi orang bugis )



Inilah acuan cendul tu....pastu kalau kawan-kawan guna sambil  cakap
 "Kita Pusing Halim" alah macam roda impian tu!!! Comfm bubur caca korang tip top!! heheh 
  
              KUIH CARA ? CENGKERANG KURA_KURA?


Ini kura-kura ok!! Sila perhatikan cengkerangnya 



Inilah Kuih Cara ye kawan-kawan~~
Lebih kurang jew kan rupanya dengan cengkerang encik Kura di atas~~~

Kalau kuih cara ada dua jenis iaitu cara manis dengan cara berlauk. Biasanya cara manis nie budak-budak suka, sebab rasa dia tak sepedas cara berlauk. satu lagi cara manis nie bila kita makan time panas-panas tu hati-hati ye. Kang ada pulak keluar surat khabar mangsa lidah terbakar sebab makan kuih cara masa panas. Almaklumlah excited dapat hasilkan kuih cara yang comel-comel macam cengkerang kura-kura., 
untuk pengetahuan semua masa kita memasak, gula dalam kuih tu mencair dan suhunya tentulah sangat panas semasa peleburan berlaku. Kuih cara ni mudah disediakan dengan syarat kawan-kawan kenalah ada acuan kuih cara kalau tak ada acuan baulu yang bunga-bunga tu pun boleh juga. Acuan dia tak mahal pun dalah rm11.50dah boleh dapat untuk 6 lubang.



Acuan kuih cara

Nielah acuan kuih baulu tu~~



Nak tahu cara buat kuih-kuih nie~~ tengok lah video yang saya dapat dari encik goggle~~
                                                                       Nyum nyum nyum~~



Sila abaikan minit 2.00 dan selepasnyer~~hheeh

baiklah kawan-kawan...sampai sini sahaja untuk kali nie, 
jam dah nak kol 10.00mlm mata pun dah ngantok....

k la ~~ dadada~~ assalamualikum n selamat malam...ZZZZzzzzzzz

p/s : nanti saya bagi resepi ye kawan-kawan

Monday, October 15, 2012

RAYA KORBAN !!!!! macam mana nak potong niiiiiiiiiii....


Assalamualaikum rakan-rakan seperjuangan....

haaaaaaa...apa yang nak dipotong tuuuu....cuba teka...alaaaaaaa korang ni..tak boleh teka keee ..mmmm..ok..ok..kalau raya korban benda tu kebiasaanya mesti ada..pastu kena potong-potong,pastu masak-masak..pastu makan-makan…nyumm..nyummm..sedapnyee..tak sabar nk raya…hihihihah.

apa yang nk dipotong tu ialahhh DAGING LEMBU.....hihihihi ...entry hari ini saya nak kongsi macam mana nak potong daging dengan cara yang betul untuk mengelakkannya liat...

ramai yg tak tau tips nie.. main potong je kan.. bila nk makan da liat.. =) saya pun baru tau tips nie.. masa tolong potong daging time kenduri,, ada pakcik tegur cara saya potong salah..uwaaaa..malunyeee...cancel terus...tak boleh buat menantu..hahaahaha..pak cik tu la yang ajar saya..hari ni saya ajar korang pula erkkk...jommmm..



langkah 1: 

menentukan arah uratnya.kawan-kawan boleh lihat dipermukaan daging itu sendiri. menentukan urat pada potongan daging yang besar adalah sedikit sukar, so kawan-kawan jangan potong terlampau besar taw..yang  gambar atas tu contoh daging merah,nampak tak ada GARISAN selari pada permukaan daging..??? nampak kan…

langkah 2 :

ambik pisau, letakkan  pisau dengan
arah berlawanan dengan garisan itu...contohnyaaa...
kalau garisan itu melintang, pisau harus menegak.
kalau garisan menegak, pisau harus melintang.

ingat yea kawan-kawan..
POTONG BERLAWANAN ARAH.....

jangan sama macam kat bawah ni..
ini cara PEMOTONGAN YANG SALAH.....







Untuk pengetahuan kawan-kawan :

Potong daging merentas uratnya untuk menambah kelembutan daging. Memotong daging secara merentas juga akan memendekkan otot kepada segmen lebih kecil, menjadikan ia lebih senang untuk dikunyah….


SO,macam mana kawan-kawan...dah taw kan teknik yang betul...kejap lagi boleh la masak daging...yahuuuu...raya korban dah dekat...bolehla kita sama-sama potong daging lembu berlawanan arah...hihihihi....

good luck kawan-kawan..
selamat beramal....majukan diri kita untuk masa hadapan...hihihhi...jumpa lagi dalam entry seterusnya...
InsyaAllah....bye...tatatattata..tutututu :)

~~bila hitam menjadi putih~~


       Selamat petang semua~~ dah solat?..........hehhehe
 emmm apa khabar kawan-kawan semua,,hari ni sihat?....petang nie saya nak berkongsi sedikit ilmu masakan petua orang tua-tua. saya tak tua ok   


 Baiklah murid-murid semua. Sapa pernah nampak atau menggunakan  pengukus bila masak sila angkat tangan !!! ( padahal bukan nampak pun )  

Iyaaaa!!!! Bagus, nampaknya antara kamu semua, ramai yang pernah melihat, pernah menggunakannya!! baiklah anak murid hari ni cikgu bukan nak ajar pengukus tu apa tapi cikgu nak ajar macam mana kita nk guna pengukus tu supaya pengukus kita tu sentiasa berkilat selepas kita gunakan nak taw  tak murid-murid.......

cara-caranya adalah!!!! JENG JENG JENG!!!



INILAH PENGUKUS YE~~~
  nampak x? sapa yang tak tahu pengukus tu apa. inilah pengukus ye~` hehheh~~
pengukus  terbahagi kepada 3 bahagian. macam umah kita juga banyak bahagian   bahagian bawah untuk letak air, bahagian tengah dan pertama untuk letak makanan yang kita akan masak dan penutup. Tapi kadang-kadang kalau kat umah mak selalu x pakai yang atas sekali tu sebabnya kuantiti makanan yang dihasilkan tak banyak, memadai pakai 2 bahagian sahaja iaitu kedua dan ketiga.


oleh kerana mak saya amat-amat mementingkan kecantikan periuk-periuknya,,oleh itu kami sebagai anak-anak diajar bagaimana untuk memastikan periuk pengukus yang digunakan sentiasa berkilat walaupun dah bertaun-taun pakai..nak tahu caranya? JENG JENG~~

baik lah murid-murid!! berbalik kepada pembelajaran kita pada petang nie, selalunya bahagian bawah kita akan letak air kan...ha!!! kat situ lah rahsianya~~
murid-murid sebabkan air tu lah selalunya periuk tu akan menjadi warna hitam lebam kan...x caya cepat cepat pi dapur cer tengok periuknya ate,,ceh speaking perak lah awaokk..hehehhehe~~
baiklah rahsianya adalah!!!!

Masa proses mengukus tu, dinasihatkan letak lah separuh biji limau kasturi!! ataupun untuk mengelakkan bau limau kasturi tu melekat pada makan kamu ..kamu ...kamu....selepas siap mengukus, boleh lah letak kembali air di bahagian ketiga, bahagian bawah sekali tu dan letak lah limau tu..dan jangan lupa hidupkan api dengan tutup pengukus tu taw!!! kang tak menjadi pulak petua nenek nie..!!hehhehe~~~

selalunya banyak jenis makanan yang boleh dimasak dengan pengukus nie, antaranya ialah :

kuih Lapis

Pulut~~ nyum nyummm~~


* Minggu nie kitaorang terpaksa tukar menu untuk kelas amali..iaitu

             Amali Kuih Muih Tempatan!!!!



agaknya jenis kuih apalah yang unit saya dapat ye.....

untung2 dapat guna pengukus!!

 heheh x sabarnya nak cabut undi!!!

p/s : Selamat Mencuba Petua Nenek!!!





Sunday, October 14, 2012

RESIPI AMALI 2... MARI sama-sama kita belajar...

NASI AYAM CLAYPOT

PORSI : 2 ORANG


Kuantiti
Bahan
300gm
Beras
50gm
Serbuk Chicken stock
500gm
Paha ayam
20gm
Cendawan shitake
25gm
Ikan masin jeruk tenggiri
Bahan-bahan perap:
20gm

Halia muda
20ml
Kicap cair
20ml
Sos tiram
10ml
Soya Souce
10ml
Kicap pekat
10ml
Minyak bijan
10gm
Serbuk lada sulah
20gm
Gula
20gm
Tepung  Jagung
Bahan hiasan:
40g

Daun bawang
15g
Cili Hijau
15g
Cili merah
20gm
Bawang Goreng
100gm
Lobak Merah
20gm
Cili Padi
2 biji
Telur


Cara  menyediakan:
1. Bersihkan ayam dan dipotong kecil. Rebus bahagian tulangnya untuk dijadikan stok.
2. Cendawan direndam dan dipotong dua.
3. Isi ikan masin dipotong nipis dan digoreng.
4. Halia muda, dan bahan-bahan hiasan dihiris.
5. Gaulkan ayam dan cendawan dengan bahan-bahan perap dan ketepikan selama 30 minit.
6. Panaskan mangkuk tanah claypot. Masukkan beras dan air rebusan ayam, tutup mangkuk dan jerang sehingga mendidih. Buka penutup mangkuk, kacau kemudian kecilkan api dan biarkan hingga air kering.
7. Masukkan ayam dan cendawan yang diperap tadi ke dalam mangkuk. Tutup semula mangkuk dengan api yang kecil sehingga nasi masak dan daging ayam empuk. Gaulkan nasi supaya tidak berketul.
8. Masukkan telur dan masak 60saat lagi. Tutup api.
9. Taburkan isi ikan kering, hirisan daun bawang, cili merah dan hijau, lobak merah dan bawang goreng ke atas nasi. Hidangkan panas-panas.



SELAMAT MENCUBA YER... 

ZAP... ZAP... ZAP.... SIAPPPP.... 
daaaaaaa

Dug Dug Dug!!!!!! saya orang melayuu!!


Undi Undi Undi!!!!!!!!
Marilah pergi mengundi...kawan-kawan dah mendaftar ker belum? eh eh macam pilihan raya pulak, hari nie bukan nak cakap pasal PRU tu, tapi nk bercerita pasal undi yang kitaorang dapat masa kelas haritu.

unit 3 diberi resepi berasakan masakan melayu, minggu ini kami kena kerja keras sikit, sebabnya 3 jenis resepi yang perlu kami siapakan dalam tempoh masa 4 jam..ohhh!!! harap semuanya berjalan dengan lancar~~

Menu Yang kitaorang kena masak adalah

A ) Gado-gado 

Gado-gado 
 

                Gado-gado jangan gaduh ye adalah salah satu makanan yang berasal dari Jawa yang berupa sayur-sayuran yang   direbus dan dicampur jadi satu
  Maklumat lebih lanjut -----------------> http://id.wikipedia.org/wiki/Gado-gado



B) Asam Pedas Ikan Pari

Umm~~~

            Bercakap pasal Asam Pedas Ikan Pari nie, yang saya tahu ada banyak variasi nie semua disebabkan Malaysia banyak budaya, adat yang pelbagai jenis. kalau kita pergi ke negeri melaka asam pedasnya lebih kepada rasa pedas yang lebih tetapi kalau ke kelantan rasanya lebih manis.

dan sekarang nie, banyak blog-blog yang bercerita pasal Asam Pedas Ikan Pari nie, dari segi resepinya kenikmatannya antara contoh blog yang saya lawat seperti
 -------------------------- > http://www.tiffinbiru.com/2012/06/asam-pedas-ikan-pari-tuka.html



C)Goreng Tempoyak Jantung Pisang

mcm nie ek? gambar hiasan

ummm~~ nie merupakan resepi yang saya tak pernah dengar langsung sebelum nie, dan saya tak pernah melihatnya apatah lagi merasanya.  antara laman sesawang yang saya rujuk untuk memantapkan pengetahuan saya mengenai resepi nie ialah
------------->http://resepiasni.blogspot.com/2010/12/jantung-pisang-tempoyak.html


Saya harap amali minggu nie berjalan dengan lancar,,!!!!!
CahyokKKK unit 3~~

Mizz Nieza, Miss Abby, Miss Ana~~ selamat berjuang!!

p/s : kalau kawan-kawan ada pendapat mengenai resepi nie, share lah yee~~




Pisang Gorengg RanguuPPP~~~oiittt


Assalamualaikummm~~~~ selamat petang semua dah solat ker belum? heheheh

       Baiklah, kawan-kawan semua dah makan ke belum? dah nak waktu minum petang nie, sedapnyer kalau ada cempedak goreng,teh o bing dengan pisang goreng rangup bersama kuah kicap perghhHH!!! meleleh jap bila bayangkan..hehehhe
tapi kalau kat Perak nie, tak mungkin saya dapat jumpa pisang goreng rangup dengan kuah kicap sebab selalunya ada jual kat Johor je.

    Bercakap pasal pisang goreng nie, kat Johor memang mudah nak cari..oh yee kalau  bandar Johor orang johor akan panggil JB jew, jadi bila orang tanya " nak pi mana tu ani "dan saya akan jawab "nak pi JB" so jangan confiuss ok.


Dekat JB ada satu tempat yang sangat sedap untuk dapatkan pisang goreng rangup nie, antaranya dekat perkarangan bangunan Mawar di jalan sungai chat johor baru. kalau kat sana kalau nak makan tu kena banyak bersabar, sebabnya pelanggan kat sana terlalu ramai yang memaksa pelanggan terpaksa menunggu. Tapi keenakkannya mmg UMMPP!!
Ni lah tempat jual pisang goreng mawar



Map sebagai rujukan



    Selain dekat JB, kat Rengit Batu Pahat pun tak kurang hebatnya. Sebelum sampai pekan rengit ada satu warung Pisang Goreng Rangup yang betul-betul di belah kiri jalan besar ke pekan rengit. Yang syoknya pasal pisang goreng rengit nie, tepung yang digunakan dihasilkan sendiri oleh tuan kedai, bila korang tak habis makan tu, jangan risau sebab keranggupan pisang goreng tu akan tetap mantain. saya bukan bajet makan ye



ummmmmppppp~~ cedapp kann!!

 So apa lagi kawan-kawan. jum melawat JOHOR~~~~





Friday, October 12, 2012

Amali 2 : Nasi ayam claypot

assalamualaikum...
ha... jumpa lagi dalam entry baru ni. kalau sebelum-sebelum ni, Miss Ana, Miss Abby dan Miss Niza asyik cerita tentang masakan MELAYU je.. tapi kali ni we all nak share tentang masakan Cina lak. kan ke kita ni 1 MALAYSIA... ye kan.. kan.. kan.. 


hmm biasanya kalau kita sebut je "claypot" dan "sizzling", mesti terbayang makan dekat food court mall kan? ha.. apa kata kali ni kita masak kat rumah je. sebab senang je dan mudah disediakan. 

amali ke2 ni, we all rileks sedikit, sebab hanya perlu siapkan 1 hidangan je. kalau last week, tak menang tangan dibuatnya, hihi.. apapun, Alhamdulillah, berkat kerjasama we all, hidangan dapat juga dihasilkan. 

okla, bebalik dengan menu kali ni. jom berkelentang kelentung bersama Miss Ana, Miss Abby dan Miss Niza.. balik ni bolehlah kami be3 memasak untuk mummy daddy kami. janji mummy daddy belikan mangkuk tanah claypot tu, hihi.. 

Inilah hasilnya:
Selalunya nasi ayam claypot ni akan dihidangkan bersama-sama dengan cili potong. 

Antara komen dari pensyarah dan rakan dari unit 1, hidangan kami ni MENARIK dan SEDAP.... kira dah boleh buka KEDAI NASI AYAM CLAYPOT la pas ni, hihi.. kalau kami buka kedai, you all kena jadi regular cust0mer, ok? lalala... 

TERIMA KASIH atas segala pujian dan komen. Miss Ana, Miss Abby dan Miss Niza akan berusaha membuat penambahbaikan. 

ha.. dah tengok hidangan, ni pula gambar we all di kitchen. JENG.. JENG.. JENG... inilah rupanya bila kami be3 dah begabung di kitchen.. begambar tu, acara WAJIB bagi kami, hihi.. 



nak tahu resipinya? ha.. kena tunggu entry lepas ni ok.. 

zap... zap... zap... SIAPPP... take care u all...
masak2, makan2... PUN SODAP... peace yeah...