KUNCI KERAJAAN

Wednesday, October 10, 2012

RESEPI AMALI 1..JOM..sama-sama belajar.....



Mee Kari

Porsi : 2 orang




Kuantiti
Bahan
ke
Mee kuning
150g
Serbuk kari
10g
Daun kari
10 g
Kayu manis
10 g
Bunga cengkih
10 g
Bunga lawang
10 g
Buah pelaga
35 g
Bawang merah
10 g
Bawang putih
15 g
Halia
150 g
Isi kerang
100 g
Udang
250 g
Dada ayam
250 ml
Santan
10 g
Asam keping
650 ml
Air
140 g
Tomato
10 g
Garam
150 g
Sawi
100 g
Tauge
1 keping
Tauhu
1 biji
Limau kasturi
1 biji
Telur
15 g
Cili merah
15 g
Cili hijau
1 peket
Fish ball
2 batang
Fishcake
50 g
Bawang goreng
20 g
Daun sup
         20g
Daun bawang
  

Cara Penyediaan Kuah:
  •  Bawang merah, bawang putih serta halia dikupas dan dikisar.
  •  Udang dibuang kulitnya.
  •  Dada ayam dipotong dadu.
  •  Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
  •  Minyak dipanaskan. Tumis bahan penumis dan bahan yang   dikisar sehingga kuning.
  •  Masukkan pes kari dan daun kari, tumis sehingga harum.
  •  Isi ayam dimasukkan dan digaul rata.
  •  Seterusnya masukkan sedikit air, tutup dan masak di atas api selama 5 minit.
  • Masukkan udang, kerang, asam keping, santan dan baki air. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan tomato, perasakan dan tutup api.


                             Cara Penyediaan Pengiring :


  •         Sawi, cili merah, cili hijau, fishball dan fishcake dipotong.
  •         Daun sup dan daun bawang dihiris halus.
  •         Isi kerang dan telur direbus.
  •         Tauhu digoreng dan dipotong dadu.
  •         Telur yang telah direbus, dibelah dua.
  •         Sawi, tauge dan mee dicelur.
  •         Masukkan mee ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah di atasnya.
  •         Hiaskan dengan telur, sawi, tauhu, cili merah, cili hijau, bawang goreng, daun sup, dan daun bawang.

    

Cucur Udang

Porsi : 2 orang



Kuantiti
Bahan
300 g
Tepung gandum
100 g
Udang besar
100 g
Tauge
150 g
Daun kuchai
15 g
Baking powder
10 g
Garam
20 g
Serbuk kunyit
25 g
Bawang besar
Secukupnya
Air
350 g
Minyak

                         
                                           Cara Penyediaan:

§      Bawang besar dikupas dan dihiris.
§      Daun kuchai dipotong dalam 1 inci.
§      Potong bahagian depan udang besar.
§    Semua bahan dicampur kecuali minyak dan udang di dalam            mangkuk.
§      Bancuh pekat dengan air yang mencukupi. Rehatkan selama 1 jam.
§      Selepas 1 jam, panaskan minyak di dalam kuali.
§   Panaskan senduk bersaiz sederhana selama 1 minit dalam       minyak panas.
§     Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas ¾ penuh, lingkarkan dengan seekor udang   dan rendam dalam minyak panas. Biar adunan itu mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk menggunakan garfu atau sudip tajam. Goreng sehingga berwarna keemasan. Angkat dan toskan. hidang bersama kuah kacang.



Kuah Kacang

Porsi : 2 orang





Kuantiti
Bahan
250 g
Kacang tanah
20 g
Lada kering
15 g
Bawang merah
10 g
Bawang putih
15 g
Halia
15 g
Gula
15 g
Gula merah
10 g
Garam
10 g
Asam jawa
Secukupnya
Air

Cara Penyediaan:    
  • Bawang merah, bawang putih dan halia dikupas dan tumbuk                  sehingga lumat.
  • Lada kering dibasuh, direbus dan dikisar halus. Kacang tanah  digoreng tanpa menggunakan minyak dan ditumbuk. 
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
  • Masukkan lada kering dan masak sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan pula gula, gula merah, garam, air asam jawa dan air.
  • Reneh dan kacau hingga gula larut. Biarkan ia mendidih.
  • Selepas itu, masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk tadi.
  • Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan bersama menu yang lain.
  
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN..
good luck..... :)
byee...
zap..zap..zap...siap....




No comments:

Post a Comment