KUNCI KERAJAAN

Monday, October 1, 2012

kelas pertama bermula ...kringggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kelas Pertama Puan Saedahtinnur


13 September 2012 , Khamis bersamaan 26syawal 1433 hijrah sejarah bermula bila kami menjejakan kaki kami buat pertama kali di dapur amali masakan. Perasaan gembira, gementar dan seronok melompat-lompat di dalam diri kami memandangkan sudah setahun pengajian kami tidak "berperang" di dapur. sampai saja di  makmal masakan, kami mendapati banyak perubahan yang ketara dari aspek susun atur dapur, reka letak bahan, tempat-tempat peralatan dan pelbagai lagi. keadaan ini membuatkan team kami tidak sabar untuk belajar memasak masakan timur dan tidak sabar untuk memulakan peperangan bersama kuali, senduk dan lesung...hihiihi .

         Antara aktiviti yang kami lakukan pada minggu pertama ialah seperti sesi perkenalan kepada kursus VEF3056 PENYEDIAAN MAKANAN TIMUR, tugasan yang perlu dilakukan dan harus dilaksanakan dalam tempoh 14 minggu kuliah, seperti penyediaan buku resepi, tugasan kumpulan dan tugasan individu, selain itu juga, pensyarah kami menerangkan beberapa peraturan keselamatan makmal masakan dalam aspek pakaian, peralatan, kumpulan dan kebersihan diri termaksuklah dalam aspek disiplin sebelum memulakan tugasan di makmal masakan kelak. Hal ini bertujuan untuk menjadikan kami iaitu bakal guru lebih  peka dengan aspek-aspek disiplin, sanitasi, kebersihan diri yang akan dibawa ke sekolah apabila kami bergelar guru kelak.

      Di dalam minggu ini juga, kami diminta untuk memperkenalkan diri, bagi memudahkan Puan kami mengenali kami dan dapat mengetahui rahsia dan kelebihan setiap anak muridnya. Selain itu juga, kami turut membantu dalam kerja-kerja menyusun atur makmal masakan seperti memasang lebel pada bahan masakan. saya berharap minggu-minggu akan datang akan lebih baik dari minggu sebelumya. Amin

Inilah Puan kami Puan Saedahtinnur Hashim 




No comments:

Post a Comment