KUNCI KERAJAAN

Friday, November 16, 2012

SINGGAH KE JOHOR

Assalamualaikum...

Musim cuti sekolah dah pun bermula. Jadi ramailah ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Pasti pelbagai tempat menarik yang ingin dilawati.

Ha... pasti ada ibu bapa yang buntu, tidak tahu ke mana hendak pergi. Apa kata bawa anak-anak ke selatan semenanjung Malaysia kita iaitu negeri JOHOR. Ibu negeri Johor dikenali sebagai bandar raya Johor Bahru. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. 

Pelbagai tempat menarik di Johor yang boleh dilawati antaranya Danga Bay, Bandar Ayer Hitam, Taman Tema Air Wet World Batu Pahat, The Zone, Mersing dan lain-lain lagi. Tapi sekarang ni, bila sebut je JOHOR, pasti terbayang 2 tempat baru. Tak lain tak bukan, JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO) dan yang terbaru LEGOLAND. Kepada yang gemar bershopping tu terutamanya kaum HAWA, sudah tentu JPO menjadi tempat yang akan dituju. Kalau ibu bapa ada budjet lebih, bolehlah bawa anak-anak berhibur di LEGOLAND. Tiketnya punyalah mahal, tapi saya pun teringin juga nak masuk. satu hari nanti, insyaALLAH...








LEGOLAND MALAYSIA















JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)






Hmmmm kalau dah berjalan-jalan tu, dah tentulah perut kita ni akan bernyanyi-nyanyi minta diisi. Makanan apa yang sedap? Kuih-muih apa yang menarik di Johor? Kalau dah makan berat-berat, pastinya kita akan mencari manisan pula. Bercakap tentang kuih-muih Johor ni, banyak sebenarnya. Tetapi kuih yang pastinya sukar ditemui di tempat lain ialah kuih NAGASARI, LOPES, HALWA MASKAT, NASI ANTAH, BAULU PECAK

Seperti yang anda semua maklum, penduduk negeri Johor terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu asli, Bugis, Banjar dan Jawa. Ha... tu semua kuih-muih kaum mereka la. Kalau nak tahu macamana rasanya kuih yang asli buatannya, silalah ke JOHOR. Pastinya anda akan tertarik dengan negeri ini. Kalau dah ke Johor, jangan lupa borong kerepek ye. Pasti murah.. dan SEDAPPP...



                                                         NAGASARI 
                                            (KUIH JAWA)
http://periuktanah.blogspot.com/2009/05/akan-datang-kuih-nagasari.html







NASI ANTAH 
(KUIH BANJAR)







Nukilan Rasa,
SITI ARBAKYAH ABU BAKAR 

No comments:

Post a Comment