KUNCI KERAJAAN

Saturday, November 17, 2012

J.A.L.A emas..lemak manis...

Assalamualaikum......salam sayang daripada che ana....
waduh....cik ana busy..busy je semenjak dua menjak ni...banyak sangat jemputan perkahwinan..huhuhhhu..tahniah pada kawan-kawanku yang sudah diijabkabulkan..Mmmmm giliran cik ana bila pula..huhuhuhu itulah soalan cepumas yang cik ana tak boleh nak bagi jawapan....makkkkkkkkkkkk...tolong jawab..hahahaha...tak pasal mak pula kena jawab... aisyyy...dah la bincang pasal ni..tak menarikkan..huhuuhu..

jom cik ana nak kongsi resepi ngn kawan-kawan...

kawan-kawan pernah dengar ataupun pernah lihat tak kuih JALA EMAS....bagi kawan-kawan cik ana yang tak pernah lihat kuih ni, inilah kuihnya....




 KUIH JALA EMAS.....
mak cik ana bagitaw nama kuih jala emas ini mungkin di ambil dari warnanya yang kuning keemasan dan berbentuk seperti jala....



Kuih jala emas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula.
Untuk pengetahuan kawan-kawan kuih jala emas sama seperti kuih mas sejemput, tetapi cara penyediaan dan rupa yang berbeza.

kuih mas sejemput....
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak..Kuih jala emas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa contohnya perkahwinan. Ini disebabkan cara penyediaanya memerlukan ketilitian serta kos penghasilannya yang tinggi.
Kebiasaanya kuih jala mas dihasilkan bersama kuih tahi itik…kenapa yeaaaaaaa…mmmm tujuannya ialah untuk mengelak berlakunya pembaziran putih telur.
hihihi saya di beri nama kuih tahi itik..unikkan nama saya...

kawan-kawan cepat pegi ambik pen dan kertas...tiru jangan tak tiru resepi kuih jala emas..hihihihi...


Bahan-bahannya
  • 15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
  • 400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
  • 2-3 helai daun pandan
  • 4 cawan air masak sebaiknya
  • Beberapa helai daun pisang untuk dibuat corong

Cara-cara membuat
1.     Tapis kuning telur dan pukul sedikit
2.    Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis air gula dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau sapu keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
3.    Angkat dan toskan.
4.    Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang lidi satay ataupun garfu.
5.    apabila siap…boleh lah dihidangkan untuk pada tetamu..

Selamat mencuba..!!


        Salam pantai timur dari cik ana dan keluarga…



Majulah resepi, untuk keluarga



~sekadar coretan hati~
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

No comments:

Post a Comment