KUNCI KERAJAAN

Friday, November 23, 2012

KUIH GANGSTER....


Assalamualaikum…
Hihihihi..takut tak baca tajuk entry pada kali ini…he..he..he..kawan-kawan jangan salah faham yea…cik ana bebas daripada kumpulan gangster ni..cik ana bukan ALONG..cik ana datang nak TOLONG kongsi resepi je kat kawan-kawan cinta hati cik ana ni..…

Untuk pengetahuan kawan-kawan..kuih gangster ni cik ana je yang gatal-gatal..nama pendaftaran kuih ini ialah KUIH LOMPAT TIKAM..haha..kawan-kawan nak taw kenapa cik ana gelarkan kuih ni kuih gangster…sebabnyeee…apabila dia lompat pastu dia tikam…haaa…ganaskan..tu yang cik ana gelarkan kuih gangster…alaaa…tak kisahlah nama apa pun…nama tu kita tolak kat tepi…janji sedap kan…sedapnyaa makan pulut….kalau makan kuih ni..mesti pulut yang habis terlebih dahulu..cik ana ni hantu pulut..kalah semua hantu-hantu yang ada ni…

Kuih lompat tikam ini merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama negeri Kelantan dan Terengganu. Kuih ini sesuai untuk di jadikan sarapan pagi mahupun makan petang..proses untuk membuat kuih ini kejap je.lebih kurang 1 jam je…

Kuih lompat tikam ini mempunyai 3 bahagian…
Bahagian pertama ialah tepung yang biasanya     berwarna hijua. Manakala bahagagian kedua ialah santan yang berwarna putih. Kuah santan biasanya dibuat tawar kerana ia dimakan bersama gula melaka…bahagian akhir sekali ialah pulut yang berwarna pink merah gituuu…waduhh..cik ana ni tak boleh sebut-sebut pulut ni…teringin nak makan…uwaaa…

Ok yea kawan-kawan..berbalik kepada resepi kuih lompat tikam ni….jom kita kongsi sama-sama resepinya….

Resepi ini insyaAllah terbukti berjaya taw….resepi ini cik ana  godek-godek kat internet je…sedappp wooo….kalau tak percaya..cuba buat…cik ana buat masa raya korban yang lepas... dengan bantuan mak disisi..hihihihi..cik ana ambil nama je…semuanya mak cik ana yang buat..

BAHAN:
A. Untuk Sira
1 Cawan Gula Merah
1 Cawan Gula gula
2 Cawan Air
1 Helai Daun pandan ( disiat-siat)

B. Untuk lapisan hijau
1  cawan Tepung beras
1  sudu makan Tepung Jagung
3  cawan santn cair
1/2 cawan Jus Pandan
sedikit pewarna hijau
1 sudu teh Air Kapur
1/2 sudu teh garam

C. Untuk Lapisan putih
1  1/2 cawan Tepung Beras
1  sudu makan Tepung Jagung
4  cawan santan pekat
1  sudu teh garam

cara:
1.  Untuk membuat sira, masukan semua bahan bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih , setelah itu tapis dan biar hingga sejuk.
2. Untuk membuat lapisan hijua pula, panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang. kemudian panaskan loyang diatas api sebentar.
3. Masukan semua bahan kedalam mangkuk , kemudia kacau hingga sebati dan tapis.
4. Masukan kedalam loyang dan kukus selama 15 minit.
5. setelah siap cakarkan sikit permukaan kuih supaya lapisan putih melekat.
6. untuk membuat lapisan putih, masukan semua bahan kedalam mangkuk,kacau hingga rata.
7. Tuang adunan keatas lapisan hijau yang telah masak dan kukus selama 15 minit.
8. setelah siap, angkat dari kukusan , kemudiankan biarkan sejuk dan bolehlah dihidang dengan sira merah dan pulut kukus merah jambu.


Selamat mencuba kawan-kawan….


  ~sekadar perkongsian resepi~
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

sd


No comments:

Post a Comment