KUNCI KERAJAAN

Tuesday, November 13, 2012

P.I.R.A.M.I.D makanan.....

Haluuuuuu....apa khabar semua....
hari ni cik ana tak pegi jalan-jalan pun..duk umah je sebab kesihatan tidak mengizinkan...asyik batuk..bersin..so ambik keputusan duk umah je....rehatkan diri...rehatkan minda..hihihihi..

huhuhhuh..kawan-kawan mesti dah bacakan tajuk entry ni.. al maklumlah...bila badan tak berapa nak sihat ni, mula lah tak ada selera nak makan..kalau makan pun..ciput je...yang tak tahan bab-bab makan ubat..cik ana malassss sangat nak makan ubat-ubatan ni...entoh la kenapo....

huhuhuh..duk pokpek-pokpek pasal kesihatan ini, tiba-tiba cik ana  teringat menjadi guru praktikum kat sekolah AMBROSE Air Tawar....uwaaaa....rindu kat sekolah Ambrose..rindu kat cikgu-cikgu...pelajar-pelajar.....seribu kenangan tercipta disekolah itu...

kawan-kawan, masa kat sekolah cik ana dan rakan cik ana buat keputusan nak tinggalkan satu benda yang boleh buat kenangan yang terindah buat sekolah Ambrose..wahhh..cam lagu KENANGAN TERINDAH la pulak.ce nyanyi ckitttt..hihihihi..dah-dah...tak pasal-pasal hujan membasahi bumi..
kawan-kawan nak taw...cik ana dan rakan kembar cik ana ni fikir punyalah fikir..aisyyy...xkeluar-keluar idea ni...nak cari idea ni kena makan banyak-banyak taw...so cik ana makan-makan dan makan-makan...Maka dengan ini tercetuslah idea....kami dengan bangganya menghasilkan SUDUT PAMERAN di dalam bengkel ERT...mmmmm..barulah pelajar-pelajarku bersemangat nak belajar bila tengok bengkel ni ceria je, ditambah pula cikgu farhana yang ceria ni lagilah berkobar-kobar...wah..wah..wah..

   kebaboooooo...inilah sudut pameran kami....huhuhu..
untuk pengetahuan kawan-kawan, sudut pameran ni cik ana telah buat beberapa bahagian. bahagian pertama ialah pameran napkin, bahagian kedua pameran peranggu meja,bahagian ketiga ialah buku resepi dan jenis-jenis kad menu...haaaaaa...bahagian yang paling kebabommmmm ialah replika piramid makanan..


yezaaaa.......inilah hasilnya......nampak tak replika piramid makanan...cantik tak??? hihihi...boleh main pusing-pusing taw


Apakah dia Piramid Makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.....

MAKANAN SEIMBANG  dalam Kehidupan kita.....Huhuhuhu...apa yang kita makan...??

Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas


Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas. Tidak semua orang mampu mengikut jadual seperti yang terdapat dalam piramid di atas itu. Mana tidaknya, setiap minggu ada sahaja jemputan untuk majlis perkahwinan, open house dan sebagainya...huhuhuhu...


Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah.

untuk itu,cik ana telah mengistiharkan "kempen jaga kesihatan" untuk diri cik ana dan buat kawan-kawan cik ana di luar sana.jOM sertai kempen ini...hihihi jagalah kesihatan diri kita..berhati-hati dalam memilih makanan..ingatlah orang tersayang....

salam kesihatan dari cik ana....



~ sekadar coretan ikhlas ~
SITI FARHANA SHAMSUDDIN

No comments:

Post a Comment