KUNCI KERAJAAN

Thursday, November 22, 2012

BELAJAR sejak kecil lagi….


Assalaaaaamualaikum ciiiiikguuuuuuu …selamat pagi cikguuuuu….hihihi terkenang zaman sekolah….camtu la nadanya hari-hari…

Bila terkenang zaman sekolah ni, mulalah cik ana teringat masa kecil-kecil….seronok kan…semua benda nak main kan..kan..kan..mmm korang masa kecil-kecil dulu apa kerja yang korang belajar dari MAK…basuh baju??basuh pinggan??kopek bawang??kemas rumah..??..bagi cik ana pula..kerja pertama yang cik ana belajar ialah cara nak MASAK NASI..


hihihihi cik ana suka masak nasi, sebabnya…sebelum nak masak nasi kena basuh-basuh terlebih dahulu kan..hahahah masa tu la cik ana mengambil kesempatan bermain air….pastu mak bising-bising..beras dah tinggal separuh..separuh lagi..TERBUANG dalam singki…he..he..he..kecian kat mak….SAYANG MAK….RINDU MAK…      

Nasi seeloknya di basuh atau di bilas bagi menghilangkan kutu, ataupun habuk-habuk beras. Mak cik ana selalu pesan, sambil basuh beras  tu selawat la….. basuh sampai 3 kali taw..Selepas di yakini bersih beras itu, baru sukat air untuk di tanak bersama nasi. ini la part yang paling kritikal sebab kalau terlebih air, nasi jadi lembik. terkurang nasi keras sangat.Memang nampak mudah je nak masak nasi ni….tapiiiiiiii..kalau tak pandai sukat betul-betul boleh jadi nasi air atau bubur  taw…
Kebiasaanya cik ana guna sukatan ataupun nak mudah lagi sukat guna jari telunjuk..haaa..macam gambar kat bawah ni…guna jari pun boleh…hahaaha cam iklan syampu rejoice plak…

Kawan-kawan taw tak macam mana nak bagi nasi menjadi putih..?? hihihi ini adalah petua daripada mak saudara (mok jah) cik ana..kawan-kawan letak satu sudu kecil air limau nipis pada nasi..jangan letak banyakkkk..tak pasal-pasal nasi putih menjadi masam..jangan salahkan daku yang tidak bersalah ini..…
MENGELAK BAU NASI HANGIT…..waaaa…macam mana yea?? masalah cik ana yang tak pernah selesai..asyik hangit je kalau masak nasi atas dapur….atas bantuan dari pak google cik ana peroleh beberapa petua nenek moyang…hihihihi…jom cik ana kongsi pada kawan-kawan…
1.       Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit tersebut akan hilang.
2.     Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
3.     Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit. 

Hihihihihi selamat beramal yea kawan-kawan…masak nasi elok-elok taw…nanti mak mertua sayang kita ketaq-ketaq…..jumpa lagi….daaaaaaa

~sekadar coretan hati~     
SITI FARHANA SHAMSUDDIN


                


No comments:

Post a Comment