Assalamualaikum
kawan-kawan….
Cik Ana harap
kawan-kawan sihat walafiat dan selalulah amalkan pemakanan yang seimbang untuk
kesihatan yang berpanjangan…jaga kesihatan taw..ingatlah orang tersayang…ok
kawan-kawan..entry pada kali ini Cik Ana ingin berkongsi mengenai resepi sayur pak choi…pernah lihat tak sayur
pak choi ni….rupanya seakan-akan sawi dan kelihatan kontot sedikit daripada sawi
biasa. Mungkin tak ramai yang suka makan sayur ini. Macam-macam persepsi orang.
Ada yang kata sayur ini ni pahit, ada yang memang alergi dengan sayur hijau dan
pelbagai lagi pandangan dan alasan mereka untuk tidak memakan sayur …hihihi
Sayur pak choi mengandungi rendah kalori dan cukup untuk
membekalkan sumber pemakanan seperti serat, vitamin dan mineral yang baik untuk
badan. Sayur ini perlulah direndam dan dicuci
dengan teliti terutama bahagian batang yang dikhuatiri mempunyai pasir.
jeng...jeng ini lah dia resepi
PARK CHOY WITH OUSTER SAUCE
Bahan-bahan:
Serumpun Pak Choi (1 ikat) (dicelur)
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah dihiris
Sedikit ikan bilis
3 sudu sos tiram
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Sedikit air
Langkah menyedia
1) Celur sayur pak choy tadi.
Angkat dan tos.
2) Tumis bawang putih dan bawang
merah hingga naik bau
3) Masukkan ikan bilis atau serbuk ikan bilis dan
cili merah
4) Masukkan sedikit lada sulah dan masukkan sos
tiram. Masukkan sedikit air dan gaul.
5) Setelah selesai tuangkan kuah tadi di atas sayur
pak choy yang telah di susun di dalam pinggan.
6) Sedia untuk di makan bersama nasi.
jom....jom...jom....Cik Ana semangat nak masak ni...selamat mencuba kawan-kawan...
hasil coretan
SITI FARHANA SHAMSUDDIN
No comments:
Post a Comment